Cara sebenar bezakan madu asli dan tiruan, jangan tertipu!

Cara sebenar bezakan madu asli dan tiruan, jangan tertipu! Umum mengetahui bahawa madu mempunyai banyak manfaat untuk kesihatan tubuh badan.

Madu juga sangat mudah untuk didapati sekarang lagi-lagi di pasar raya. Namun begitu, tidak semua yang dijual adalah 100% madu asli.

Menerusi satu video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok @darlina2020, wanita ini telah berkongsikan cara nak bezakan madu yang dibeli itu asli ataupun madu palsu.

Cara sebenar bezakan madu asli dan tiruan jangan tertipu

Cara Bezakan Madu Asli & Madu Tiruan

Caranya mudah saja, tuangkan sedikit madu ke atas pinggan yang rata. Campurkan dengan sedikit air.

Kemudian pusingkan pinggan mengikut arah jam atau lawan jam. Jika madu tersebut asli, ia akan tenggelam dalam air dan berbentuk seakan menyerupai sarang lebah. Jika sebaliknya, madu tersebut mungkin madu tiruan yang telah dicampur dengan air dan gula.

Cara sebenar bezakan madu asli dan tiruan jangan tertipu

Menerjah ke ruangan komen, ada beberapa orang netizen yang turut berkongsikan cara lain untuk membezakan yang asli dan palsu.

Video:
@darlina2020 Reply to @kupijantan ♬ Coffee – beabadoobee

“Guna lilin..”

Tuangkan madu ke atas sudu. Kemudian bakar sudu dibawah api lilin. Jika madu menjadi keras bermakna madu tersebut adalah madu campuran.

Cara sebenar bezakan madu asli dan tiruan jangan tertipu

“Letak dalam peti ais beku..”

Salah satu cara lain adalah dengan meletakkan madu di dalam peti ais beku. Jika madu tidak mengeras bermakna ia adalah asli. Jika sebaliknya, ia merupakan madu palsu.

Cara sebenar bezakan madu asli dan tiruan jangan tertipu

Baca:

Mamat Khalid “wasiatkan” 5 kata azimat ini sebelum meninggal dunia

Meleleh air mata Iqram Dinzly bila tahu cerita sebenar Mona Allen

Carrot anda dah lembik? Ini cara keraskan balik, senang je

CATEGORIES