Cara mohon i-SINAR KWSP secara online

Oleh MHDAILY

Kepada ahli KWSP yang ingin mengeluarkan wang KWSP akaun 1 atau dikenali juga sebagai i-SINAR KWSP bermula Januari 2020.

Ahli boleh pilih CARA MOHON i-SINAR KWSP ONLINE(PERMOHONAN GUNA i-AKAUN) atau CARA MOHON i-SINAR KWSP ONLINE(portal i-Sinar).

APA ITU i-SINAR?

Melalui pembentangan Belanjawan 2021 6 November lalu, Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul telah membuat pengumuman bagi membenarkan pengeluaran simpanan KWSP.

Pada mulanya, beliau menyatakan pengeluaran Akaun 1 KWSP yang dibenarkan hanya berjumlah RM500 sebulan dan kemudahan ini akan diberikan kepada kira-kira 600,000 orang ahli sahaja.

Namun, apa yang lebih menggembirakan, KWSP telah mengeluarkan kenyataan media baru-baru ini yang menyatakan mereka telah meluaskan skop i-Sinar dan lebih ramai pencarum akan layak untuk memohon kemudahan i-Sinar.

Perkara ini merupakan berita baik yang sangat dinantikan oleh ahli pencarum kerana mereka yang layak akan dibenarkan mengeluarkan simpanan KWSP sebanyak 10% dari Akaun 1 dengan syarat baki minimum sebanyak RM 100.

Program ini dinamakan program i Sinar bagi membantu ahli yang kehilangan pekerjaan dan pendapatan bagi meneruskan kelangsungan hidup semasa.

Ia merupakan kesinambungan kepada program i-Lestari yang telah memberi manfaat kepada sebilangan besar pencarum KWSP sebelum ini.

Walaupun begitu, program ini menetapkan beberapa syarat khusus bagi pencarum yang terjejas.

Kepada yang mohon Geran Khas Prihatin(GKP) 2.0,boleh buat SEMAKAN GKP 2.0 bermula 27 November 2020

SIAPA YANG LAYAK MOHON i-SINAR?

Ahli KWSP yang telah kehilangan pekerjaan

Ahli KWSP yang diberi cuti tanpa gaji oleh majikan

Ahli KWSP yang tiada tiada sumber pendapatan

Pekerja sektor formal yang tidak mampu mencarum selama 2 bulan berturut-turut

SEMAKAN SYARAT PENGELUARAN i-SINAR

Pencarum yang telah menghabiskan jumlah pengeluaran maksimum inisiatif i-Lestari daripada Akaun 2 terlebih dahulu sebelum boleh membuat pengeluaran daripada Akaun 1 menerusi inisiatif i-Sinar.

CARA MOHON i-SINAR KWSP ONLINE(TANPA i-AKAUN)

Berikut adalah contoh untuk buat permohonan pengeluaran i-Sinar tanpa perlu login i-Akaun(Portal i-SINAR KWSP). Maklumat rasmi adalah tertakluk kepada pengumuman rasmi KWSP dalam masa terdekat. :

Sila Klik Permohonan Baharu KWSP

Isikan Nombor MyKad.

Pemohon mestilah belum lagi mencapai umur 55 tahun semasa permohonan permohonan pengeluaran i-SINAR melalui portal

Isikan Nombor Telefon Bimbit,Alamat Email, Alamat Rumah,Poskod, Bandar,Negeri

Pilih Amaun Pendahaluan ( Berdasarkan syarat layak),amaun bulanan pula ditentukan oleh KWSP dalam tempoh 6 bulan.

Selepas buat pilihan Amaun, pilih Bank

Pilihan Bank untuk permohonan pengeluaran i-SINAR online Masukkan Akaun Bank (Simpanan / Semasa) Aktif untuk buat pengeluaran i-SINAR

Pastikan nombor akaun bank aktif & betul bagi memastikan bayaran i-SINAR masuk tanpa sebarang masalah.

Sila sahkan bahagian pengesahan permohonan.

Klik Hantar

CARA MOHON i-SINAR KWSP ONLINE(GUNA i-AKAUN)

Berikut adalah contoh untuk buat permohonan pengeluaran i-Sinar i-Akaun KWSP). Maklumat rasmi adalah tertakluk kepada pengumuman rasmi KWSP dalam masa terdekat. :

Sila log masuk ke i-Akaun KWSP https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login

Klik pengeluaran

Pilih i-SINAR

Baca syarat & terma, klik OK

Klik Seterusnya

Pilih Amaun Pendahaluan ( Berdasarkan syarat layak),amaun bulanan pula ditentukan oleh KWSP dalam tempoh 6 bulan.

Selepas buat pilihan Amaun, pilih Bank

Pilihan Bank untuk permohonan pengeluaran i-SINAR online Masukkan Akaun Bank (Simpanan / Semasa) Aktif untuk buat pengeluaran i-SINAR

Pastikan nombor akaun bank aktif & betul bagi memastikan bayaran i-SINAR masuk tanpa sebarang masalah.

Sila buat semakan BUTIRAN MAKLUMAT

Sila sahkan bahagian pengesahan permohonan.

Klik SETUJU,klik permohonan TAC,kemudian masukan TAC

Klik HANTAR

SOALAN LAZIM CARA MOHON i-SINAR KWSP ONLINE

Bilakah boleh buat permohonan i-Sinar KWSP?

Bermula awal Disember 2020

Macam mana nak buat semakan kelulusan i-Sinar KWSP?

Boleh buat semakan melalui portal i-Sinar atau i-Akaun KWSP.

Bila boleh dapat duit i-Sinar?

Bagi pemohon yang ada buat permohonan pengeluaran pada bulan Disember, bayaran akan bermula Januari 2020.

Berapa banyak amaun i-Sinar KWSP yang boleh dikeluarkan?

Ahli yang layak dapat membuat pengeluaran sebanyak 10% daripada amaun simpanan mereka dalam Akaun 1, tertakluk kepada baki minimum RM100

Terdapat dua kategori pengeluaran iaitu Simpanan Akaun 1 RM90,000 dan ke bawah dan Simpanan Akaun 1 RM90,000 ke atas.

Baki Akaun 1 RM 90,000 dan ke bawah

Bagi ahli yang mempunyai baki RM90,000 dan ke bawah (Akaun 1), had maksimum yang boleh dikeluarkan ialah RM9,000. Amaun pendahuluan ini akan dikreditkan secara berkala sehingga enam (6) bulan dengan pendahuluan pertama sehingga RM4,000.

Pengeluaran bulanan seterusnya ialah pada tahap maksimum RM 1,000 sebulan.

Baki Akaun 1 RM 90,000 ke atas

Bagi pencarum yang mempunyai baki lebih daripada RM90,000 (Akaun 1), mereka akan mempunyai akses pengeluaran pendahuluan sebanyak 10%.

Jumlah maksimum yang boleh didahulukan adalah RM60,000.

Amaun pendahuluan ini akan dikreditkan secara berkala sehingga enam (6) bulan dengan pendahuluan pertama sehingga RM10,000.

Pengeluaran bulanan seterusnya ialah pada jumlah maksimum RM10,000 sebulan.

Bagaimana jika pemohon tidak mempunyai akaun bank?

Tidak boleh buat permohonan i-Sinar

Untuk pengeluaran menggunakan sistem i-SINAR, anda mesti ada akaun atas nama sendiri.

Bolehkah guna akaun bank pasangan?

Walaupun permohonan boleh dibuat oleh sesiapa sahaja, termasuk suami atau isteri, maklumat bank mestilah sama dengan nama pemohon.

Ini bermakna, jika pemohon ialah suami, maka suami mestilah menggunakan akaun bank yang atas nama sendiri.

Adakah perlu ganti balik pengeluaran i-SINAR?

Ahli tidak perlu membayar pendahuluan yang dikeluarkan

Anda hanya perlu mengganti semula pendahuluan ini apabila bekerja semula dan caruman baharu diterima.

Caruman baru yang diterima ini akan dilakukan dengan 100 peratus caruman baharu akan dimasukkan terlebih dahulu ke Akaun 1 sehingga wang pendahuluan ini habis digantikan.

Selepas itu, sistem caruman akan kembali kepada sistem biasa iaitu 70 peratus bagi Akaun 1 dan 30 peratus bagi Akaun 2.

Sumber : https://semakanstatus.com/cara-mohon-i-sinar-kwsp-onlinepermohonan-guna-i-akaun/