Cara Jep jaga aurat Norlia Ghani dipuji

Cara Jep jaga aurat Norlia Ghani dipuji

Cara Jep jaga aurat Norlia Ghani dipuji. Sebut sahaja nama pelawak, Jep Sepahtu tentu ramai yang sangat meminatinya. Meskipun aktif dalam dunia lawak sejak tahun 2009, namun Jep atau nama sebenarnya Muhd Nazri Zainal Abidin sentiasa menjadi antara pelawak yang sehingga kini masih sahaja berhasil menghiburkan ramai.

Malah saban minggu, Jep Sepahtu dalam rancangan lawak Sepahtu Reunion Live 2022 ada-ada sahaja kelakuan lucunya yang tidak hanya penonton tercuit hati malah kadang kala selebriti jemputan juga tidak dapat menahan ketawa dengan dialog spontannya ketika di pentas.

Seperti baru-baru ini, pihak Sepahtu Reunion Live 2022 sekali lagi membawa pelakon Norlia Ghani bersama untuk kisah antara Cikgu Eja dan Azman. Episod pada minggu lalu nampaknya sekali lagi berhasil membuatkan penonton di rumah serta studio ketawa.

Walau bagaimanapun, dalam pada ramai yang merasa terhibur dengan gandingan Norlia Ghani dan kumpulan Sepahtu itu, terdapat juga moment yang membuatkan penonton terharu dengan sikap Jep Sepahtu.

“Bagus Jep ni,” tulis pemilik akaun youngprotection tersebut disamping hantaran video pendek itu meraih perhatian ramai selepas Jep dilihat menjaga Norlia Ghani di akhir rancangan. Moment itu mengundang Jep sekali lagi menerima pujian oleh warganet selepas sikapnya sebelum ini pernah tular menerima pujian ramai.

Cara Jep jaga aurat Norlia Ghani dipuji

“Bagus betul dia”

“Perasan masa ni, terbaik jep”

“Bagus Jep ni…”

“Takde kontroversi…”

@youngprotection Bagus jep ni #sepahtureunion #sepahtureunionlive #sepahtureunionlive2022 #jep #rahim #pakya ♬ original sound – Matmie Planner

BACA:

‘Berita baik untuk PN’ – Muhyiddin

Bob Yusof nyanyi lagu Sumayyah live di GV buat penonton sebak

Jijik! Plaster luka ada dalam kuetiau buat kembang tekak nak makan, “ingat kulit ayam”

CATEGORIES