Calon Adun GPS didakwa beli undi dengan wang, ini penjelasan beliau

Calon Adun GPS didakwa beli undi dengan wang, ini penjelasan beliau

Calon Adun GPS beli undi dengan wang, ini penjelasan beliau.Calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Dudong, Datuk Seri Tiong King Sing menyangkal dakwaan beliau menawarkan wang tunai kepada pengundi untuk memilihnya pada Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-12 (PRN-12), 18 Disember ini.

Presiden Parti Demokratik Progresif (PDP) itu berkata, dakwaan beliau menawarkan wang tunai bernilai RM500 hingga RM1,000 itu kini tersebar di media sosial sehingga mencetuskan kekecohan dalam kalangan penduduk khususnya di rumah panjang.

Katanya, beliau turut didakwa menawarkan hadiah berupa mesin pemotong rumput kepada pengundi di kawasan Dudong.

Justeru, Ahli Parlimen Bintulu itu meminta penduduk supaya tidak mempercayainya dan pada masa yang sama beliau berkata, penyebaran berita palsu itu jelas berniat jahat bagi menjatuhkan reputasinya pada PRN-12 ini.

“Ini dakwaan berniat jahat yang sengaja direka oleh pihak tertentu untuk mencemarkan nama saya. Sepanjang lima penggal sebagai Ahli Parlimen Bintulu, saya tidak pernah bersetuju dengan amalan politik wang apa lagi tergamak membeli undi.

“Saya ingin menyeru pengundi di DUN Dudong supaya mengundi mengikut rasional dan membuat pilihan yang tepat.

“Marilah kita bersama bertindak untuk menghapuskan politik wang,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya harus menilainya berdasarkan rekod perkhidmatan di Bintulu dalam usaha membawa perubahan kepada rakyat dan bukannya kerana wang.

Selain itu, beliau turut memberi amaran akan mengambil tindakan undang-undang kepada pihak yang menyebar mesej yang mendakwa beliau menawarkan wang tunai dan hadiah itu.

“Saya menggesa mereka supaya menghentikan perbuatan itu dengan segera atau saya membuat laporan polis terhadap mereka,” katanya.

BACa: [Video] Aksi ‘histeria’ remaja perempuan gara-gara telefon dicampak

CATEGORIES