Call tak berangkat, rupanya sudah seminggu guru meninggal dirumah seorang diri

ajal

Call tak berangkat, rupanya sudah seminggu guru meninggal dirumah seorang diri. Panggilan telefon yang tidak berjawab merungkaikan misteri kehilangan seorang guru apabila dia ditemukan meninggal dunia.

Mayat mangsa yang berusia 52 tahun itu ditemukan rakannya yang ke rumah guru berkenaan di Kampung Bechah Resak, Chabang Empat, di sini, tengah hari semalam, sebelum terhidu bau busuk.

Timbalan Ketua Polis Daerah Tumpat, Deputi Superintendan Mohd Razi Rosli berkata, pada 12.50 tengah hari, rakan mangsa ke rumahnya untuk bertanyakan mengenai status vaksinasi Covid-19.

Call tak berangkat, rupanya sudah seminggu guru meninggal dirumah seorang diri

“Rakannya terlebih dulu menghubungi mangsa beberapa kali menerusi telefon bimbit namun tidak berjawab sebelum mengambil keputusan datang sendiri ke rumah mangsa.

“Sampai di rumah, rakannya terhidu bau busuk dan cuba membuka pintu sebelum ternampak mangsa terbaring dalam bilik,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Mohd Razi berkata, pihak berkuasa segera dihubungi dan hasil ujian Covid-19 yang dibuat mendapati mangsa negatif wabak itu.

Menurutnya, mangsa dipercayai sudah meninggal dunia hampir seminggu dan mayat dibawa ke Hospital Tumpat untuk proses bedah siasat.

“Berdasarkan maklumat awal, mangsa tidak menghidap apa-apa penyakit dan tiada rekod kesihatan diperoleh.

“Kami juga tidak menemui sebarang unsur jenayah dan kes diklasifikasi sebagai mati mengejut,” katanya.

Berita Penuh : https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/09/758728/misteri-kenapa-cikgu-tak-jawab-telefon-terungkai

BACA JUGA : Panas !!! Ismail sabri bakal menang besar? Ini penjelasan Lim Kit Siang

COMMENTS

Wordpress (0)