Burung merpati pink jadi perhatian warga kota

Burung merpati pink jadi perhatian warga kota. Seorang wanita di Lancashire, England membuat penemuan mengejutkan apabila merakam kelibat seekor burung merpati berwarna merah jambu di laman rumah ibunya, lapor akhbar Mirror UK, semalam.

Kelly Lunney menyedari kehadiran burung merpati unik itu ketika melawat ibunya baru-baru ini.

“Ia satu situasi mengejutkan kerana saya tidak pernah melihat burung merpati berwarna merah jambu.

“Ramai yang menganggap bulunya telah diwarnakan tetapi saya yakin, ia adalah spesies burung merpati merah jambu Nesoenas Mayeri yang berasal dari Kepulauan Mauritius.

Terdapat hanya kira-kira 500 ekor dari spesies itu yang wujud di dunia yang tinggal di dunia.

Burung merpati pink jadi perhatian warga kota

Baca Artikel Penuh