Bunyi bising enjin Proton X50 dan X70 akhirnya terjawab

Oleh MHDAILY

Bunyi bising enjin Proton X50 dan X70 akhirnya terjawab. Ramai yang merungut kenapa enjin X50 dan X70 ni bising. Termasuk lah baru-baru ini ada seorang pemilik kereta ini resah dengar bunyi enjinnya yang kuat padahal baru je beli.
Memetik dari portal Mekanika, Proton X50 dikuasakan dengan 2 pilihan enjin samaada enjin 1.5T atau 1.5 TGDi yang menghasilkan kuasa berbeza. Varian 1.5T menjana 148 kuasa kuda dan 225Nm tork manakala varian TGDi yang digunakan pada varian Flagship menghasilkan 175 kuasa kuda dan 255Nm tork.

Malah enjin 1.5TGDi ini juga digunakan oleh 4 varian Proton X70. Anda boleh membaca dengan lebih lanjut berkenaan enjin 3 silinder ini 1.5TGDi ini di SINI. Berbalik kepada persoalan yang ditimbulkan oleh pemilik tadi, bunyi bising yang dihasilkan oleh enjin ini adalah disebabkan rekaan dan cara enjin ini beroperasi

TGDi merupakan singkatan kepada Turbocharged Gasoline Direct Injection, menerangkan dengan tepat bagaimana enjin ini beroperasi. Petrol dalam enjin ini akan disuntik terus ke dalam silinder pada lejang mampatan. Enjin 1.5T pula akan memancitkan petrol di luar silinder kerana sistem EFI dipasang di luar silinder.

Baca Artikel Penuh