Bung umum masih setia dengan Presiden Umno

Bung Moktar

Pengerusi UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin kekal menyokong kepimpinan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Bung berkata, beliau tidak pernah hilang keyakinan terhadap Ahmad Zahid sepanjang tempoh ini.

Katanya, isu hilang sokongan yang digembur-gemburkan beberapa pihak ketika ini hanyalah satu persepsi.

“Saya sudah ulas, itu cuma persepsi sebilangan daripada (ahli) UMNO. Parti ini ada tiga juta lebih ahli, jadi kalau sepuluh orang tidak puas hati adillah.

“Tetapi saya menyatakan bahawa bukan semua orang Ahli-ahli Parlimen ataupun pemimpin-pemimpin dalam UMNO yang hilang kepercayaan… cuma segelintir.

“Itu amalan dalam sebuah organisasi yang besarlah… Saya tidak pernah hilang keyakinan dengan presiden saya sebab kita yang pilih dia,” katanya.

Ahli Parlimen Kinabatangan itu berkata demikian dalam sidang media sempena Program Outreach Imunisasi COVID-19, di Pulau Tanjung Aru, Sandakan, pada Sabtu.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, mengakui secara terbuka, sedang mengumpul akuan bersumpah (SD) beberapa Ahli Parlimen UMNO yang hilang kepercayan terhadap Ahmad Zahid.

Berita Penuh : https://www.astroawani.com/berita-politik/saya-tidak-pernah-hilang-keyakinan-kepada-ahmad-zahid-bung-moktar-305291

COMMENTS

Wordpress (0)