Bung Mokhtar ‘sound’ Tun M, ‘Cukup-cukuplah Tun’

Bung Mokhtar ‘sound’ Tun M, ‘Cukup-cukuplah, gunakan sisa hidup yang ada ini untuk rehatkan minda dan fizikal serta nikmati kehidupan’.

Itu saranan Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin terhadap bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang melemparkan tuduhan bahawa UMNO kini dirampas perasuah dan penyangak yang menggunakan orang Melayu untuk menjadi kerajaan.

Bung Moktar, yang juga Timbalan Ketua Menteri berkata, apa yang dikatakan oleh Tun Mahathir ini bukan perkara baharu, sudah bertahun-tahun dia menuduh UMNO penyamun dan penyangak.

Bung Mokhtar 'sound' Tun M, 'Cukup-cukuplah Tun'
BUNG Moktar (dua kiri) bersama pegawai kanan JKR semasa melancarkan laman sesawang JKR Sabah yang baharu di Kota Kinabalu hari ini.

“UMNO ini sebuah parti yang rasanya dia sendiri menyesal keluar dan mahu masuk balik, dia malu sendiri.

“Tidak apalah, apa yang Tun Mahathir cakap itu biarlah masa yang menentukan. Saya yakin dan percaya rakyat tahu menilai mana parti yang boleh memberi kemakmuran kepada rakyat, mana yang tidak,” katanya semasa sidang akhbar selepas merasmikan majlis pengiktirafan dan penghargaan Jabatan Kerja Raya Sabah, hari ini.

Ahli Parlimen Kinabatangan berkata, Tun Mahathir sudah kembali memerintah dahulu tapi akibat kecuaiannya, dia memutuskan untuk meletak jawatan dan akhirnya kehilangan kuasa.

Namun sekarang, dia mahukan kuasa semula maka, Bung Moktar menasihatkan Tun Mahathir supaya berehat dan menggunakan sisa hidup yang ada ini untuk menikmati kehidupan.

Mengulas lanjut katanya, semalam Mesyuarat UMNO Sabah memutuskan untuk meletak kepercayaan kepada kepimpinan UMNO dan Barisan Nasional (BN) Pusat untuk memutuskan bila masa yang sesuai untuk mengadakan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

“Di peringkat negeri, kita akur apa juga keputusan sama ada PRU diadakan cepat atau lambat.

“Pimpinan kita yang akan menentukan jadi, kita tidak mahu mendahului. Apa yang penting sekarang, kita akan perkuatkan jentera parti untuk berhadapan pilihan raya,” katanya.

Semalam, Tun Mahathir berkata, parti bertunjangkan bangsa Melayu iaitu UMNO kini dirampas perasuah dan penyangak untuk menjadi sebuah kerajaan.

Menurutnya, UMNO hanya menggunakan orang Melayu untuk menjadi kerajaan dan mengguna kuasa untuk memperkayakan diri mereka. Namun, orang Melayu tidak mempunyai sebarang pilihan hendak menyokong parti Melayu melainkan UMNO.

BACA JUGA : ”Jeling saja pun guru sudah disalahkan”, NUTP dedah punca buli berleluasa
Gempar!!! Kes pertama Omicron dikenal pasti di Malaysia libatkan kanak-kanak 8 tahun