Buku teks sejarah : Pemuda ini jawab projek membodohkan orang melayu

Oleh MHDAILY

Baru 24 jam aku hilang, dah ada rupanya projek membodohkan orang Melayu berjalan.

Kali ni guna isu buku teks Sejarah Tingkatan 4. Kononnya masa zaman PH memerintah 22 bulan, mereka sudah tukar isi kandungan buku teks dan angkat komunis sebagai pejuang kemerdekaan.
(Hal buku teks ini aku sudah tulis di Twitter, jadi apa yang ditulis kembali dalam Facebook ini adalah hampir sama dengan apa yang aku tulis awal tadi di Twitter)

Yang mula-mula kecoh main isu ni adalah NGO-NGO pembela Melayu dan Islam, kemudian datang pula Ketua Pemuda UMNO, Dr. Asyraf Wajdi Dusuki nak into scene. Kemudian ramailah juga yang mati-mati percaya pada projek pembodohan ini, tanpa mereka sendiri berusaha untuk baca dulu apa yang terkandung dalam buku teks Sejarah Tingkatan 4.

SCROLL UNTUK ARTIKEL PENUH 👇🏻👇🏻👇🏻
SAMBUNGAN ARTIKEL 👇🏻👇🏻👇🏻

(Aku tak akan go into details tentang garis masa kandungan buku teks ini ditulis. Hal tersebut Dr Maszlee Malik dah jawab: https://www.facebook.com/story.php?story_fbid=5503336986404196&id=151709604900321)

Sebelum aku mula, fahami dulu penulis buku teks Sejarah Tingkatan 4 adalah terdiri dari tenaga pendidik yang mengajar Sejarah. Kemudian mereka dibantu oleh panel pakar rujukan sejarah yang terdiri dari professor dan doktor dalam bidang sejarah. Antara yang menjadi pakar rujukan sejarah ini ialah Prof. Madya Dr. Shamrahayu Abd. Aziz.

Siapa yang tahu tu, tahulah kan pasal Shamrahayu ni. Dia penyandang Kursi Institusi Raja-raja Melayu kat UiTM kot.

Aku nak jawab balik pada tohmahan yang dilempar oleh NGO-NGO pembela Melayu dan Islam. Sebab mereka yang duk galak sebar status ulasan mereka tentang bab-bab dalam buku teks tersebut yang kata mereka, mengagungkan komunis.

BAB 2 – Kebangkitan Nasionalisme

Kalau ikut tohmahan NGO, bab 2 ini beri lebih perhatian pada nasionalisme kiri, tidak menyebut penglibatan UMNO dalam tahun 1945 – 1948 dan menunjukkan sosialisme dan komunisme tidaklah seburuk mana.

Tapi yang sebenarnya garis masa bab 2 ini merangkumi zaman bermulanya Revolusi Keagungan England tahun 1688 hingga penubuhan Kesatuan Melayu Muda (KMM) 1937. Memanglah tak sebut langsung tentang UMNO sebab masa ni UMNO sendiri pun belum lahir di istana.

Bab 2 juga tak cerita pasal sosialisme atau komunisme seperti didakwa. Yang disebut adalah nasionalisme sebagai satu gerakan radikal. Tapi memang nasionalisme itu sendiri radikal kerana masa ia baru bercambah dunia sedang dikuasai kolonialisme atau imperialisme.

Selain itu, nasionalisme tanah air diulas dengan bagaimana ia berkembang dan kesan perkembangan itu. Perkembangannya bermula melalui pejuang agama, intelektual dan persatuan. Manakala kesan nasionalisme ini adalah dalam bentuk politik, ekonomi dan sosial.

Sekali lagi, tak cerita pasal komunis pun.

Bab 2 juga menyebut tokoh nasionalisme terawal antaranya Sheikh Muhammad Tahir Jalaluddin, Za’ba, Rahim Kajai, Ibu Zain, Ibrahim Yaakob, Pak Sako, Ahmad Boestamam, Burhanuddin al-Helmi, Raja Chulan, Eunos Abdullah, Buyong Adil dan beberapa lagi.

Takkan deme ni semua komunis?!

Of course tak ada tokoh UMNO sebab apa? Sebab UMNO belum lahir.

BAB 3 – Konflik Dunia Dan Pendudukan Jepun Di Negara Kita

Tuduhan NGO ialah bab ini terlalu kompleks dan sejarah Perang Dunia Pertama (WW1) tidak penting jadi tak perlu mendalam.

Salah, penting untuk kita faham WW1 sebab kegagalan negara terlibat capai penyelesaian dalam Perjanjian Versailles dan kelemahan Liga Bangsayang ditubuhkan usai perang antara punca Perang Dunia Kedua (WW2) meletus.

Kau tak boleh, aku ulang tak boleh, faham WW2 tanpa memahami tentang WWI terlebih dahulu.

Juga aku tak faham apa yang kompleksnya dengan peta Eropah yang disertakan. Tingkatan 4 kot, kalau tak reti tengok peta baiklah jadi batu nisan je. Tanpa peta, kita tak akan faham kenapa Jerman, Austria-Hungary dan Turki Uthmaniyyah digelar Kuasa Tengah dan kenapa mereka menyerang negara seperti Serbia, Bulgaria, Perancis, Rusia dan sebagainya.
Nak faham WWI & WW2, kena tengok peta. Ini basic.

Dan sebenarnya WW1 hanya 1 bahagian sahaja dalam Bab 3, lagi 7 bahagian merangkumi WW2 dan pendudukan Jepun di negara kita.
BAB 4 – Era Peralihan Kuasa British Di Negara Kita

Rungutan NGO dalam bab ini ialah, bab ini memudarkan atau mencairkan peranan hebat yang dimainkan oleh UMNO dalam menentang Malayan Union.
Dah boleh nampak kan? Semua ini sebenarnya tentang UMNO je.

Bab 4 yg katanya abaikan peranan UMNO, sebenarnya ada 2 mukasurat penuh yangg ceritakan penubuhan UMNO dari Kongres Melayu di Kelab Sultan Sulaiman sampai lahirnya UMNO di Istana Johor. Juga disebut UMNO menganjurkan bantahan besar-besaran ke atas Malayan Union di seluruh negara, siap dengan peta sekali.

Bab 4 memanglah tak cerita pasal UMNO semata. Ia juga menceritakan penentangan Raja-raja Melayu, penentangan penduduk Sarawak dan penduduk Sabah juga ke atas kembalinya penjajahan Inggeris selepas WW2.

Buku teks ni buku sejarah Malaysia, bukan sejarah UMNO. Matilanak kalau semua pun UMNO je nak claim credit.
BAB 5 – Persekutuan Tanah Melayu 1948

Tuduhan NGO ialah bab ini terlalu memperincikan perjuangan kemerdekaan golongan kiri. Patutnya macam biasalah cerita pasal UMNO sahaja yang berjuang.

Kita kena faham, sejarah gunanya untuk mendidik anak bangsa supaya kita tahu dari mana kita berasal. Bukan untuk bodohkan anak bangsa.

Garis masa untuk bab ini ialah dari 1946 – 1948. Ya dalam ni ada cerita gerakan nasionalis Melayu radikal dan Perlembagaan Rakyat PUTERA-AMCJA. Sebab apa masuk cerita ni? Sebab ia sebahagian dari sejarah. Takkan kita nak padam sejarah, sampai anak-anak jadi buta sejarah?

Kemuncak perjuangan PUTERA-AMCJA adalah Hartal 1947, iaitu satu aksi protes dalam bentuk mogok umum.

Selepas Hartal 1947, barulah British bersetuju batalkan Malayan Union dan berunding dengan UMNO & Raja-raja Melayu.

Belajar sejarah kena ikut garis masa. Tak sampai turn kau lagi jadi chill lah dulu. Siapa suruh UMNO lambat into scene tuntut kemerdekaan?

BAB 6 – Ancaman Komunis Dan Perisytiharan Darurat

Rungutan NGO dalam bab ini ialah, terlalu banyak bercerita tentang komunis.

Tak faham aku kenapa NGO komplen banyak cerita pasal komunis dalam bab ni kalau dah tajuk dia pun memang pasal ancaman komunis.
Takkan tajuk komunis, dalam nak cerita pasal UMNO?!

Dalam Bab 6 ini ditulis bahawa komunis datang dari China, dari Indonesia dan juga disenaraikan dengan terperinci apa yang komunis buat seperti lumpuhkan ekonomi, merosakkan infrastruktur, mengancam keselamatan rakyat, mengancam keselamatan pasukan keselamatan malah turut ddisertakan statistik jumlah rakyat dan anggota polis atau tentera yang terkorban dibunuh pengganas komunis.

Tak cukup dengan itu, siap disenaraikan lagi serangan komunis ke atas pasukan keselamatan.

Takkan dah lepas bubuh semua kekejaman ni dalam buku teks sejarah, pelajar terus boleh jadi sympathiser komunis?

Biar betik?

Turut ditulis dalam Bab 6, usaha pasukan keselamatan melawan komunis.

Di sini, perjuangan pelbagai unit pasukan keselamatan disenaraikan. Pasukan Polis Hutan, Senoi Praaq, Special Constables, Cawangan Khas, Auxiliary Police, Askar Melayu, Sarawak Rangers dan Sukarelawan Home Guard semuanya ada dihuraikan. Ini semua bukan ke ramai Melayu?

Tang mana entah NGO pergi dakwa tak sebut langsung pasal perjuangan orang Melayu aku pun tak pasti.

Dan tak ada satu ayat pun dlm bab ni tulis komunis berjuang untuk kemerdekaan.

Menyentuh tulisan Dr. Asyraf Wajdi Dusuki pula kononnya buku teks Sejarah Tingkatan 4 ni gambarkan orang Melayu sebagai barua dan orang suruhan Jepun, aku nak jemput kita semua ingat kembali filem Sarjan Hassan.

Dalam filem tu, ada watak Buang. Buang adalah orang Melayu yang jadi talibarut Jepun.

Kenapa Asyraf Wajdi tak maki filem ni sebab gambarkan Melayu jadi barua atau orang suruhan Jepun?

Watak Buang dalam Sarjan Hassan menggambarkan realiti zaman tu. Memang Jepun guna orang Melayu untuk bekerja dengan pemerintah Jepun.

Jepun tak guna org Cina, sebab antara dua bangsa ini mereka sangat bermusuhan antara satu sama lain.
Kenapa Jepun pilih Melayu, bukan Cina?

Sebab masa Jepun menyerang, mereka janjikan kemerdekaan. Asia untuk orang Asia katanya.

Slogan ini kena dengan kehendak Melayu masa tu yang nak merdeka. Maka ramai Melayu yang setuju untuk tolong Jepun.

Kemudiannya baru kita tau, penampar Jepun tu macam mana, kena minum air sabun tu macam mana dan kena pancung kepala tu dah tak ada makna.

Org Cina di Malaya ketika itu pula, masih lihat Tanah Besar China sebagai tanah air mereka. Dan China masih berperang dengan Jepun sepanjang WW2.

Jadi polisi Jepun di Malaya adalah tindas semua orang Cina. Dan orang Cina pula angkat senjata melawan Jepun menyahut seruan negara asal mereka. Melawan Jepun bagi mereka adalah satu cara untuk membebaskan China dari penjajahan Jepun.

Benda ni kau akan mudah faham apa hubung kaitnya jika kau rajin membaca sejarah.

KESIMPULAN

Untuk bagi rumusan mudah, sini aku bagitau.

Perkataan UMNO muncul 50 kali dalam buku teks ni. Komunis muncul 184 kali.

Tapi semua tentang UMNO adalah perjuangan kemerdekaan. Yang tentang komunis pula adalah keganasan dan ancaman komunis.
Buku ni tak ada puji atau puja komunis langsung. Bacalah kalau tak percaya.

Bagi aku, kecoh pasal buku ni sebab 2 perkara:

1. Tak puas hati UMNO tidak didewakan sebagai pejuang kemerdekaan tunggal dan kita semua patut terhutang budi dengan UMNO.

2. Saja suka-suka nak fitnah PH konon manipulasi sejarah. Kalau betul manipulasi, kenapa PN tak tukar teks?

Jadi macam aku cakap awal tadi, ini semua projek membodohkan orang Melayu. Dan dalam projek pembodohan ini, bogeyman yang paling mudah untuk digunakan ialah komunis, PH dan tak dilupakan DAP.

Kita sepatutnya belajar sejarah untuk jadi bangsa yang pandai dan ada jati diri, tapi UMNO lagi suka gunakan sejarah untuk bodohkan rakyat.

Bila kau nak guna sejarah untuk bodohkan rakyat, jangan hairanlah bila negara lain maju tapi kita pula seakan mundur.

Jadi bagi saudara saudari semua, bacalah buku teks ni dulu sebelum melompat tak ketahuan hala. Tak adanya PH perintah 22 bulan dia tukar sejarah dan angkat komunis jadi pejuang kemerdekaan.

Buku teks ini yang rangka, tulis dan siapkan adalah ahli akademik dan pakar sejarah, jangan fitnah usaha murni mereka untuk mileage politik agama dan bangsa kau yang penuh hipokrit tu.
Membaca jambatan ilmu. Malas membaca tu yang buat kau jadi bodoh.

Dan buku ni bukan satu jenayah. Jadi bodoh tu yang patutnya satu jenayah.

Sumber: