Bukit Pendle : Tempat berkumpul ahli sihir terkemuka

Bukit Pendle. Amalan sihir serta ahli-ahli sihir sangat banyak wujud di negara England sejak tahun 1600 lagi.

Ketika era itu, pengamalan sihir sangat banyak di England sehinggalah menyebabkan kerajaan England bertindak mengumumkan hukuman mati kepada si pelaku sihir.

Walaupun pada hari ini amalan sihir di England tidaklah begitu banyak seperti pada tahun 1600 namun, tempat tinggalan para pengamal sihir ini masih ada sehingga sekarang.

Salah satu “port” ataupun lubuk sihir yang sangat popular di England adalah di Bukit Pendle.

Bukit Pendle terletak di Lancashire iaitu berhampiran dengan bandar Burnley, England.

Bukit Pendle memiliki ketinggian sebanyak 557 meter ataupun 1827 kaki dari paras laut.

Pada hari ini, Bukit Pendle menjadi pusat tarikan para pendaki. Laluan yang mencabar menjadi tarikan utama para pendaki yang inginkan cabaran.

Selain pendaki, Bukit Pendle juga menjadi tempat tarikan ahli-ahli sihir dari seluruh dunia.

Mereka datang ke sini untuk tujuan menambahkan lagi kekuatan sihir mereka serta mencari tinggalan seperti artifak yang digunakan oleh ahli sihir dahulu yang masih bersisa di bukit ini.

Selain itu, ahli dari sihir seluruh dunia suka datang ke sini juga untuk tujuan mengambil hantu-hantu belaan ahli-ahli sihir terdahulu untuk dijadikan belaan mereka dan memperkuatkan lagi sihir mereka.

Setelah kerajaan England menguatkuasakan hukuman mati terhadap para ahli sihir, seramai 12 orang ahli sihir telah ditahan di atas Bukit Pendle pada tarikh 19 Ogos 1612.

Kesemua 12 ahli sihir ini didapati bersalah menggunakan ilmu sihir mereka untuk memudaratkan nyawa orang lain.

Kesemua mereka dihukum pancung. Selepas itu, kerajaan memperkuatkan lagi usaha memburu ahli sihir di bukit ini.

Pada hari ini, Bukit Pendle menjadi salah satu tempat yang paling menyeramkan di England.

Orang sana percaya hantu-hantu belaan ahli-ahli sihir terdahulu masih ada di bukit tersebut.

Oleh sebab itulah jika anda pergi ke sana, anda akan dengar suara yang menyeramkan serta ternampak kelibat pelik seperti wanita tua memakai pakaian serba hitam dan memiliki hidung serta dagu yang tajam. Sama seperti ahli sihir.

Apa macam? Ada tak yang berani nak cuba nasib di Bukit Pendle?

Sumber :

BACA JUGA : Gempar !!! Pihak berkuasa Agama Narathiwat nafi luluskan pernikahan online ahli politik Malaysia