Bukit Gambang Resort City kini jadi bandar hantu

Bukit Gambang Resort City kini jadi bandar hantu. Penutupan Bukit Gambang Resort City di Kuantan yang merupakan salah satu tarikan utama pelancong sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dua tahun lalu memberi kesan kepada sektor pelancongan di negeri ini.

Malah, penutupan pusat pelancongan berkenaan turut memberi kesan kepada peniaga di sekitar kawasan tersebut yang mengalami kerugian akibat ketia­daan pelanggan.

Beberapa keping gambar dikongsi di media sosial menunjukkan kawasan itu terbiar selain dipenuhi semak samun dan difahamkan binatang di kawasan itu juga telah lama dipindahkan.

Baca Artikel Penuh