Buah gugur rupanya boleh jadi baja terbaik supaya pokok berbunga

Buah gugur rupanya boleh jadi baja terbaik supaya pokok berbunga

Buah gugur rupanya boleh jadi baja terbaik supaya pokok berbunga. Apabila melihat pokok yang ditanam tumbuh dengan subuh pasti mendatangkan kegembiraan buat para pencinta tanaman. Akan tetapi, buah tersebut pasti akan berguguran jatuh kerana terlalu banyak ataupun tiupan angin yang kencang.

Melihat buah-buah yang berguguran jatuh, terasa sayang dan membazir. Tidak kira buah jambu, buah mangga, buah rambutan dan sebagainya. Oleh itu, daripada dibiarkan begitu sahaja buah tersebut ia boleh dijadikan baja yang bagus untuk tanaman pokok buah dan tanaman berbunga.

BUAH BANYAK GUGUR, KUTIP BUAT BAJA

Hari ini saya kutip buah jambu air yang berguguran di atas tanah untuk dijadikan baja buah.

Buah gugur rupanya boleh jadi baja terbaik supaya pokok berbunga

Baja cecair yang terhasil dari peraman buah-buahan yang dah rosak ini baik untuk tanaman berbunga dan berbuah. Apa-apa jenis buah pun boleh, cuma durian itu payah sikit lah sebab kulitnya terlampau keras.

Buah busuk.

Harap tak ada lah yang komen membazir ke, kenapa tak makan, kenapa itu dan ini kerana ada banyak cara kita boleh dapatkan buah yang busuk. Contohnya dari pasar, peniaga, rumah kediaman dan sebagainya.

Posting ini harus dilihat dari sudut ilmu, akan bagaimana sesuatu bahan sisa itu boleh dijadikan sumber kepada sesuatu yang bermanfaat.

Formula asas nisbah buah:

1. Gula merah = 1:1.

Contohnya kalau ada 1 kg buah, campurkan dengan 1 kg gula merah.

2. Masukkan dalam bekas, tutup, peram.

3. Boleh tambah air jika mahu.

Cara penggunaan:

Air baja buah.

1. Ambil 5-10ml air baja campur dengan 1 liter air. Siram ke tanah dekat pokok buah atau pokok bunga.

Air baja rumput.

2. Siram 3-4 kali seminggu pun tidak menjadi masalah.

Semoga berguna kepada rakan-rakan.

BACA:

Padah pelakon terkenal bawa Myvi secara berbahaya sampai kekasih tercampak

Bajet pertama kerajaan perpaduan bakal dibentang 24 Februari ini

Terungkai persoalan kenapa nombor plate kenderaan di Perak bermula huruf ‘A’

CATEGORIES