Brother ni sound setepek depan muka Ah Long, puas hati tengok!

Brother ni sound setepek depan muka Ah Long puas hati tengok

Brother ni sound setepek depan muka Ah Long, puas hati tengok!. Jika sebelum ini kita disajikan dengan berita ah long yang sentiasa berani ketika pergi memungut hutang daripada mangsanya, lain pula jadinya dalam video yang tular di media sosial ini.

Video yang dikongsikan oleh lelaki bernama Mustafa Khan menerusi akaun TikTok menunjukkan beliau sedang memarahi 3 pemuda dipercayai ah long. 3 pemuda berkenaan dikatakan berada di sebuah kawasan perumahan untuk memungut wang daripada mangsa mereka.

Dalam videonya, Mustafa berkata beliau tidak suka dengan cara ah long tersebut yang meminta wang di malam hari ketika peminjam sedang berada bersama keluarga. Beliau turut berkata ini bukan pertama kali dia menyelesaikan kes ah long dan menyuruh ketiga-tiga pemuda terbabit untuk pulang.

Rata-rata netizen kagum dengan keberanian Mustafa dan berkata ini pertama kali mereka melihat ah long yang diam dan takut dengan orang awam. Ada yang berkata ketiga-tiga ah long tersebut nampak ‘skema’, tidak berperwatakan seperti ah long atau gangster filem.

Mustafa Khan berkata beliau boleh dikatakan sebagai pembela nasib untuk mangsa yang diganggu ah long. “Ini adalah akaun terbaru saya kerana akaun saya sebelum ini telah kena banned sebab ah long ini pergi report,” katanya.

Brother ni sound setepek depan muka Ah Long, puas hati tengok!

Menurutnya lagi, ada di antara mangsa yang hanya meminjam RM400 sahaja tetapi perlu membayar balik sehingga ribuan ringgit kerana hutang masih belum dikira selesai.

Mustafa berkata sekiranya anda salah seorang yang masih diganggu oleh ah long, boleh hubungi beliau di profil Instagram rasmi dirinya dan beliau sedia membantu. Semoga dipermudah perjuangan Mustafa untuk membela mangsa ah long.

BACA:

Tak bayar RM720K, Mawar Karim berjaya ketepikan penghakiman ingkar Nabil

Wow! Perodua Alza 2022 diiktiraf terima 5 bintang ASEAN NCAP

M. Nasir ubah kerjaya pula, kini jadi pemain Mobile Legends

CATEGORIES