Bot TLDM tak sengaja langgar KD Laksamana sampai terjadi benda ini

Oleh MHDAILY

Bot TLDM tak sengaja langgar KD Laksamana sampai terjadi benda ini. Sebuah bot tempur Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) terlanggar kapal TLDM semasa demonstrasi sempena Hari Terbuka Armada 2022 (HTA22) di Jeti Pangkalan TLDM Lumut, semalam.

Jurucakap Markas Pemerintahan Armada Barat, memaklumkan bot tempur terbabit hilang kawalan sebelum terlanggar Kapal Diraja (KD) Laksamana Tan Pusmah semasa melaksanakan demonstrasi bagi memintas bot mencurigakan.

Katanya, insiden itu mengakibatkan badan kapal KD Laksamana Tan Pusmah terkoyak sepanjang 2 x 1 meter (m), manakala bot tempur terbabit kemek di bahagian haluan.

SCROLL UNTUK ARTIKEL PENUH πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»
SAMBUNGAN ARTIKEL πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»

“Tiada kemalangan jiwa atau kecederaan akibat insiden itu dan ia tidak menjejaskan perjalanan HTA22 yang akan diteruskan mengikut atur cara ditetapkan.

“Lembaga Siasatan ditubuhkan bagi mengenalpasti punca sebenar kejadian,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Bot TLDM tak sengaja langgar KD Laksamana sampai terjadi benda ini

Terdahulu, video rakaman kejadian perlanggaran berkenaan tular di media sosial.

BACA:

Kecoh Reen Rahim dan suami buat aksi kurang menyenangkan tepi kolam, β€œbilik kan ada” – netizen

Data berjuta rakyat yang ada Astro, Maybank dan SPR disahkan dah dijual secara terbuka

Anak Muhyiddin pakai nama Priest, mufti-mufti Malaysia akhirnya bersuara