Bos Mydin dedah harga makanan kering pula bakal naik

Oleh MHDAILY

Bos Mydin dedah harga makanan kering pula bakal naik. Harga makanan kering dan pakaian dijangka naik pada tahun ini berbanding barang-barang basah yang dilihat akan stabil.

Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Berhad, Datuk Ameer Ali Mydin bagaimanapun berkata, beliau tidak merasakan barangan basah akan naik pada tahun ini berbanding tahun lalu.

Bos Mydin dedah harga makanan kering pula bakal naik
Harga barang makanan kering seperti biskut, sardin dan Milo pada tahun ini dijangka naik lapan sehingga 10 peratus.

“Barang basah ini ada rantaian bekalan (contohnya jika berlaku) banjir. Semua ini menyebabkan barang naik harga,” katanya kepada Sinar Ahad.

SCROLL UNTUK ARTIKEL PENUH 👇🏻👇🏻👇🏻
SAMBUNGAN ARTIKEL 👇🏻👇🏻👇🏻

Beliau memberitahu, bagi harga barang makanan kering seperti biskut, sardin dan Milo pada tahun ini, ia dijangkakan naik lapan sehingga 10 peratus.

“Kita telah diberitahu oleh ramai pengilang bahawa barang akan naik sebab tertentu (seperti) harga bahan mentah dan kos logistik telah naik,” jelas beliau.

Bagi pakaian seperti baju, Ameer Ali berkata, beliau menjangkakan ia akan naik 10 hingga 15 peratus kerana sebelum ini penjual menjual barang-barang sedia ada.

“Dengan kemasukan barang baharu, baru (harganya) akan naik. Baju sekolah dan kasut sekolah pun sudah naik harga,” tambahnya.

Baca Juga : Pengeluar jangka permintaan kondom bakal alami peningkatan, ini puncanya…
Netizen kecut perut tengok aksi ‘Oyen’ curi makanan singa dalam kandang
Telur ayam berwarna putih hijau, bukan putih kuning bingungkan pakar