Bos Hup Seng letak jawatan dari syarikat, ‘dari kecik makan biskut ni’

Bos Hup Seng letak jawatan dari syarikat dari kecik makan biskut ni

Bos Hup Seng letak jawatan dari syarikat, ‘dari kecik makan biskut ni’. Datuk Keh Chu Koh meletak jawatan sebagai pengerusi Hup Seng Industries Bhd (Hup Seng) berkuat kuasa 30 Disember 2022.

Hup Seng dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia berkata, Chu Koh, 79, meletak jawatan daripada jawatan yang dipegangnya sejak Februari 2003 dalam syarikat pengeluar biskut itu atas alasan peribadi.

Chu Koh adalah abang kepada Pengarah Urusan Hup Seng, Kerk Chiew Siong, serta bapa saudara Pengarah Eksekutif kumpulan itu, Kerk Chian Tung serta tiga Pengarah Hup Seng iaitu Teo Lee Teck, Kerk Kar Han dan Kuo Liong Yok.

Bos Hup Seng letak jawatan dari syarikat'dari kecik makan biskut ni'

Chu Koh bertanggungjawab merancang perniagaan strategik kumpulan dan pembangunan pengeluaran termasuk pemasangan pelbagai kemudahan pengeluaran di kilangnya.

Beliau juga mengetuai pasukan penyelidikan dan pembangunan kumpulan dalam memperkenalkan barisan biskut baharu.

“Beliau menyumbang dalam mendapatkan pensijilan Hazard Analysis Critical Control Point (HACCP) dan British Retail Consortium (BRC) untuk Hup Seng Perusahaan Makanan (M) Sdn Bhd pada 2008 dan ISO 22000:2005 pada 2012, bagi memastikan keselamatan dan kualiti produk. adalah selaras dengan piawaian global,” katanya.

Chu Koh memegang 0.91 peratus kepentingan langsung atau 7.31 juta saham dalam kumpulan, serta 0.59 peratus kepentingan ekuiti tidak langsung (4.75 juta saham).

BACA:

Budak selamba je order McD di kios sampai RM17K

Bot TLDM tak sengaja langgar KD Laksamana sampai terjadi benda ini

Luqman dan isteri sah bercerai

CATEGORIES