Bomba berjaya selamatkan 11 pembalak yang terperangkap akibat banjir

Oleh MHDAILY

Bomba berjaya selamatkan 11 pembalak yang terperangkap akibat banjir. Kemaman, sebelas pembalak berjaya diselamatkan Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Terengganu selepas empat hari terperangkap di Bukit Telepon, Cherul, di sini.

Kumpulan pembalak itu gagal keluar dari lokasi berkenaan berikutan laluan utama ke kawasan rumah kongsi mereka ditenggelami banjir.

Kesemua mangsa termasuk dua wanita yang berusia di antara 30 dan 50an itu berjaya dibawa keluar dari kawasan pembalakan lewat petang Selasa dalam keadaan selamat.

Bomba berjaya selamatkan 11 pembalak yang terperangkap akibat banjir

Sebelas pembalak berjaya diselamatkan Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Terengganu selepas empat hari terperangkap di Bukit Telepon, Cherul, Kemaman. -Astro AWANI

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Cheneh Baru, Penguasa Bomba Mohamad Hanif Che Khalid berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada salah seorang mangsa jam 12.29 tengah hari dan operasi menyelamat dimulakan jam 1 petang dengan kekuatan tujuh anggota serta dibantu orang awam.

Kesemua mangsa yang kehabisan bekalan makanan itu dikatakan berada di kawasan pembalakan

Menurut Mohamad Hanif, kesemua mangsa yang kehabisan bekalan makanan itu dikatakan berada di kawasan pembalakan tersebut sejak Sabtu dan hujan lebat berterusan sejak seminggu lalu menyebabkan laluan utama ditenggelami air.

Antara kesukaran yang dihadapi pasukan penyelamat adalah arus deras serta jarak sejauh hampir 30 kilometer menyebabkan pasukan bomba mengambil masa kira-kira dua jam untuk sampai ke lokasi tersebut.

Jelasnya, kesemua mangsa kemudiannya dibawa keluar dari lokasi pada jam 5 petang dan tiba di kawasan selamat pada jam 7.30 petang Selasa untuk tindakan lanjut.

Mohamad Hanif dalam pada itu mengingatkan syarikat pembalakan agar peka dengan perkembangan cuaca serta membuat persediaan pergerakan kerja lebih awal bagi mengelak perkara buruk berlaku.

Tonton:

Baca:

Sotong celup tepung dibuat daripada usus babi? Waspada semua..

Baru nak ‘feeling’ sedih family nak pergi jauh, sekali kakak buat hal pulak

Lupa tanya harga mee sebelum order, sekali nah sampai bil menggelupur nyawa haa…