“Boleh rentas negeri hujung bulan”, Michael Ang dedah sumber beritahunya

Semakin banyak kelonggaran diberikan pihak kerajaan kepada mereka yang sudah menerima lengkap dua dos vaksin. Kebanyakan negeri sudah dibenarkan untuk merentas daerah tetapi masih tiada kebenaran untuk rentas negeri dan ini amat diharapkan rakyat.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin sebelum ini turut menyatakan pihak kerajaan sedang membuat kajian dan akan memaklumkan kebenaran merentas negeri dalam masa terdekat.

Bagaimanapun, pengarah terkenal Michael Ang dalam satu kenyataan mendakwa dia mengetahui satu maklumat di mana kebenaran merentas negeri akan diberikan. Dia juga menyatakan perkara itu akan diumumkan pada hujung bulan ini.

"Boleh rentas negeri hujung bulan', Michael Ang dedah sumber beritahunya

Michael Ang memaklumkan hal itu di dalam sesi live di Instagram miliknya. Dia juga menasihatkan orang ramai untuk tidak menggunakan kelonggaran yang diberikan nanti untuk makan angin.

Aku rasa hujung bulan ni dah boleh rentas negeri bagi mereka yang dua dos. Aku dapat tahu daripada sumber yang boleh dipercayai. Kalau betul boleh, korang semua jangan pergi merayap bila dah balik kampung.

Korang kata rindu emak, ayah, datuk, nenek dan keluarga dekat kampung. Kalau kerajaan bagi kebenaran, jangan korang pergi merayap makan ikan bakar dan berhimpit-himpit dekat Jonker Street tu semua.

Dah habis jumpa keluarga, balik terus semula. Sebelum balik tu pastikan keluarga pun dah ambil vaksin, dua-dua belah pihak dah ada vaksin. – Katanya.

Michael Ang dilihat begitu yakin dengan apa yang dikatakannya selepas menyatakan sumber yang diperoleh adalah dari yang boleh dipercayai.

Siapa agaknya sumber Michael? Adakah Dafi?

Berita Penuh : https://ohmedia.my/ohartis/michael-ang-beri-bayangan-boleh-rentas-negeri-hujung-bulan-ini/

BACA JUGA : Pengusaha kedai makan terkejut dengan kenaikan harga ayam secara mengejut