Boleh didakwa jika cerita lucah di tempat awam

Oleh MHDAILY

Jangan bercerita lucah di tempat awam kerana anda boleh didakwa di bawah Seksyen 294 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga bulan atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Memberitahu kepada Utusan Malaysia, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-kanak Bukit Aman (D11), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan memberitahu, orang ramai tidak boleh sewenang-sewenangnya bercakap atau melakukan perbuatan lucah sehingga boleh mendatangkan kegusaran terhadap orang lain.

Beliau berkata, kesalahan itu termasuk melalui lagu lucah atau perbuatan seperti mencerita, menyanyi atau menyebut apa-apa lagu atau cerita serta perkataan-perkataan lucah di tempat awam.

Baca Artikel Penuh