Bob Yusof nyanyi lagu Sumayyah live di GV buat penonton sebak

Bob Yusof nyanyi lagu Sumayyah live di GV buat penonton sebak

Bob Yusof nyanyi lagu Sumayyah live di GV buat penonton sebak. Bob Yusof, suatu nama yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Beliau terkenal dengan kelunakan suaranya yang lain daripada lain. Beliau mulai bergiat aktif dalam dunia seni sejak menyertai Akademi Fantasia musim ke-2. Sepanjang karier beliau, banyak pencapaian yang diperoleh.

Antaranya, beliau pernah memasuki Anugerah Juara lagu melalui lagu berjudul hantaran hati dan juga menjadi penyanyi gantian di Anugerah Juara Lagu untuk Faizal tahir dan Siti Nurhaliza.

Bob Yusof telah menyertai Gegarvaganza musim yang terkini dan namanya makin lama makin rancak menitip di bibir peminat. Hal ini kerana pada setiap minggu dia akan mempersembahkan nyanyian yang terbaik dan unik. Pada minggu ini, beliau telah menyanyikan lagu nasyid yang berjudul Sumayyah.

Semua sedia maklum, lagu tersebut yang mendayu senantiasa membuatkan netizen sebak. Namun, versi Bob sememangnya mampu membuatkan netizen berjurai air mata. Suaranya yang lunak dan mendayu itu berjaya membuatkan netizen sebak.

Ramai yang memuji Bob kerana mampu menyanyikan lagu tersebut dengan versinya tersendiri.

Bob Yusof nyanyi lagu Sumayyah live di GV buat penonton sebak

Klik Di Bawah Untuk Lihat Video Penuh

 

Lihat siaran ini di Instagram

 

Siaran dikongsi oleh Zack (@lawak_laah)

Jom Tengok Apa Kata Netizen

@AzurenJalaludin:Asbab lagu ni la..sy mendalami sirah keluarga Yassir..Sy bg nama anak sy Ammar dan Sumayyah

@adadnan71:Lagu ni dua je.kalau tak nangis mesti meremang.bob buat tak sampai boleh nangis.tp meremang tengkuk ada..kalau nangis br padu

@wanfaizalshafi:Versi Hijjaz/Munif kalau aku dengar memang akan auto sebak & menitis air mata.

@Qasehkidscloset:Sbb lagu ni sy namakan anak sy sumayyah

@Tengku Raden:Rase mcm nk pi berjihad ke jalan allah tu membuak.tpi tu la..minun teh panas pun saye tiup bg sejuk🥺🥺guane nk berjihad.

@ImmaEmpire88:tapi tak lawan lah dgn suara munif hijjaz

@Noor mufidah Burhanuddin:fav song… nangis kalau setiap kali dngar.. ALLAHUAKBAR

@sarinahhashim:smlm kerana menghayati nyanyian Bob menitis air mata pertama kali tonton gegar Vaganza Allahuakbar sampai ke hati…

@muhammedhaikalzai:minat sangat dengan bob sejak af2 lagi

@yatiyusof:sedapnya Bob bawak lagu ni….terasa di hati…sebak

Sedap betul suara Bob ni.. Suara dia memang satu dalam sejuta, tak ramai yang mampu untuk menyanyi seperti dia. Min harap Bob dapat terus beraksi dengan baik di Gegarvaganza dan insyaAllah mampu merangkul juara. Jangan lupa komen yang baik-baik yaa..

BACA:

Netizen minta penjawat awam ubah cara kerja lepas dapat durian runtuh, ‘muka biar senyum, kaunter buka semua’

Ini yang akan berlaku selepas parlimen dibubarkan

Tular wanita ada jambang, dakwa hidap gangguan hormon lelaki

CATEGORIES