BN akan kalah teruk PRU-15 jika tanding bersendirian, kata Pakar

Oleh MHDAILY

Pakar dan badan pemerhati politik meramalkan koalisi perdana parti Melayu dan bumiputera dalam Perikatan Nasional (PN) berpeluang menang lebih selesa pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15) jika berdepan pertembungan dua penjuru.

Ramalan yang dibuat institusi kajian politik, O2 Research Malaysia menjangkakan gabungan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Barisan Nasional (BN), Pas, Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Gabungan Bersatu Sabah (GBS) mampu memenangi sekurang-kurangnya 136 kerusi Parlimen untuk membentuk kerajaan lebih kukuh sekiranya kerjasama politik sesama mereka berjaya dimuktamadkan.

Menurut Ketua Penyelidik O2 Research Malaysia, Anis Anwar Suhaimi, jangkaan 136 kerusi tersebut berdasarkan 111 kerusi Parlimen yang sudah dimiliki Bersatu, BN, Pas, GPS dan GBS dicampur dengan kerusi Parlimen Gerik yang kosong akibat kematian penyandangnya serta 24 lagi kerusi Parlimen pembangkang yang dijangka boleh ditawan PN pada PRU15.

Baca Artikel Penuh