BKM 2023: Jumlah dan syarat kelayakan, semak sekarang

BKM 2023 Jumlah dan syarat kelayakan semak sekarang

BKM 2023: Jumlah dan syarat kelayakan, semak sekarang. Bantuan Keluarga Malaysia bagi tahun 2023 bakal memberikan bantuan one-off TERTINGGI untuk isi rumah lima orang anak atau lebih dengan pendapatan kurang dari RM2,500 sebulan.

Bagi isi rumah sehingga empat anak, layak terima BKM antara RM1,000 hingga RM2,000

Bagi isi rumah berpendapatan RM2,500 hingga RM5,000, BKM disediakan antara RM500 hingga RM1,250 bergantung kepada bilangan anak

Berikut adalah kategori kelayakan dan jumlah bantuan BKM 2023 yang baru diumumkan oleh Menteri Kewangan dalam #Bajet2023

Bantuan Keluarga Malaysia (BKM 2023)

BKM 2023 Jumlah dan syarat kelayakan semak sekarang

i) Pendapatan Isi Rumah : Kurang daripada RM2,500 sebulan

RM2,500 : Lebih 5 Anak

RM1,000 – RM2,000: 1 – 4 Anak

ii) Pendapatan Isi Rumah : RM2,500 – RM5,000

RM500 – RM1,250: 1 – 4 Anak (Bergantung bilangan anak)

iii) Warga Emas Tiada Pasangan & Bujang

RM350 – RM600 (Bergantung pendapatan)

iv) Ibu / bapa tunggal dinaikkan kepada RM3,000 berbanding RM2,500

Tambahan RM500

Rangkuman Fokus Bajet 2023

FOKUS PERTAMA

Bagi Bajet 2023 pula, Fokus Pertama adalah Kesejahteraan Rakyat. Ia akan dilaksanakan melalui tiga (3) Strategi iaitu:

  • Memelihara Kebajikan Rakyat
  • Mengutamakan Keluarga Malaysia
  • Membina Kehidupan Kondusif

FOKUS KEDUA

Setelah aspek Kesejahteraan Rakyat diambil kira, Fokus Kedua Bajet 2023 pula adalah Kelangsungan Perniagaan. Ia akan dilaksanakan melalui tiga (3) Strategi iaitu:

  • Mempermudah Aktiviti Perniagaan
  • Merancak Pelaburan dan Perdagangan
  • Menyokong Industri Tumpuan

FOKUS KETIGA

Bagi memastikan kadar inflasi di tahap terkawal, Fokus Ketiga Bajet 2023 ialah Kemakmuran Ekonomi, yang akan dilaksanakan melalui tiga (3) Strategi iaitu:

  • Konsolidasi Fiskal dan Kemampanan Hasil
  • Meneruskan Projek Infrastruktur Negara
  • Mengungguli Agenda Kelestarian

FOKUS KEEMPAT

Bajet 2023 dirangka bagi terus mencapai matlamat Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12). Oleh itu, Fokus Keempat Bajet 2023 ialah Kecekapan Perkhidmatan Kerajaan, yang akan dilaksanakan melalui tiga (3) Strategi iaitu:

  • Memperkukuh Perkhidmatan Utama
  • Membina Daya Tahan Negara
  • Penyampaian Perkhidmatan Awam Terbaik

BACA:

Rindu Nasi Gorang cabai tumbuk, isi ikan orang tua dulu-dulu, buat sendiri je!

‘Orang tak disangka datang bantu’, pemilik MPV ni belajar sesuatu selepas kereta rosak tepi jalan

Wanita kesal bayar ‘down payment’ kereta pakai kad, ini nasihat penting wajib tahu

CATEGORIES