Biro Integrasi AMANAH nyatakan bantahan terhadap pembatalan cuti Thaipusam di Kedah

Oleh MHDAILY

Kami penganut yang beragama Hindu daripada Parti Amanah Negara (AMANAH) berasa amat kesal dengan tindakan Yang Amat Berhormat (YAB) Muhammad Sanusi Md Nor Menteri Besar Negeri Kedah, yang tidak mengiktiraf cuti perisitiwa Thaipusam sebagai cuti umum di negeri tersebut yang akan disambut di seluruh dunia pada 28 Januari 2021. Malaysia merupakan sebuah negara yang unik dengan mempunyai pelbagai kaum dan agama.

Sebagai seorang yang berbangsa India, Bahasa Tamil adalah bahasa ibunda kami. Keturunan kami berasal dari Selatan Negara India. Mengikut kepercayaan kami, Dewa Muruga adalah Tuhan kami yang disembah. Kepada Dewa Muruga kami minta segala pertolongan dan Dia sahaja kami sembah pada tarih 28 Jan 2021. Pada Tarikh tersebut Dewa Muruga telah dilahirkan sebagai seorang manusia di Bumi ini dan menjelma untuk menyelematkan dunia yang telah diancam oleh raksaksa. Segala keburukan dan kejahatan telah dihapuskan oleh Dewa Muruga untuk keamanan manusia di dunia.

Pada hari Thaipusam penganut Hindu akan menunaikan nazar selepas berpuasa selama 48 hari kepada Dewa Murugan. Sebagai penganut agama Hindu kami percaya bahawa segala kesusahan dan dosa-dosa masa lampau akan diampunkan.

Baca Artikel Penuh