Bincang tukar Ismail Sabri dalam mesyuarat MPT Bersatu, ini respon Faizal

Bincang tukar Ismail Sabri dalam mesyuarat MPT Bersatu, ini respon Faizal. Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menafikan wujud perbincangan mengenai kedudukan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) parti itu pada 8 Jun lalu.

Timbalan Presidennya, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, perbincangan yang diutarakan di dalam mesyuarat tersebut berkisar tentang persiapan untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Jelas beliau, Bersatu terus kekal menyokong Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri dan mencari jalan membantu kerajaan dalam menangani kos sara hidup rakyat.

“Kami juga membincangkan tentang masalah kos sara hidup, masalah harga makanan yang tinggi dan nak cari jalan macam mana nak membantu kerajaan menangani masalah rakyat. Kami tak ada bincang tentang kedudukan Perdana Menteri. Kami menyokong Perdana Menteri sedia ada dan kami mahukan satu kerajaan yang stabil yang boleh memberi fokus kepada masalah rakyat.

Baca Artikel Penuh