Bimbang kekasih main kayu tiga lagi, wanita ini nekad kurung teman lelakinya dalam bilik

Bimbang kekasih main kayu tiga lagi, wanita ini nekad kurung teman lelakinya dalam bilik.

Pihak berkuasa Argentina menyelamatkan seorang lelaki yang dirantai di dalam sebuah bilik tidur selama tiga hari

oleh teman wanitanya kerana bimbang dicurangi, lapor portal berita MailOnline semalam.

Bimbang kekasih main kayu tiga lagi, wanita ini nekad kurung teman lelakinya dalam bilik

Pasangan kekasih tersebut telah bercinta selama enam bulan tetapi wanita berusia 30 tahun itu dikatakan semakin bersikap cemburu terhadap teman lelakinya yang berusia 29 tahun, kata mangsa kepada polis.

Pada Sabtu lalu, mangsa berjaya mencapai telefon bimbitnya untuk menghantar mesej kepada rakan yang kemudiannya memaklumkan kejadian itu kepada pihak berkuasa.

Menurut mangsa, hubungan mereka mula bermasalah sejak beberapa minggu lalu apabila teman wanitanya itu mula mengenakan perintah berkurung ke atasnya.

Wanita itu juga menetapkan had masa untuk teman lelakinya tiba di rumah setiap kali dia keluar bersama rakan atau teman sekerja.

Nama mangsa dan suspek belum didedahkan oleh pihak berkuasa.

Suspek ditahan dan didakwa atas tuduhan menculik

BACA: 

Polis rebah ketika perbarisan istiadat pembukaan DUN Sarawak, tindakan wakil rakyat ini undang pujian netizen

Gara-gara salah eja nama jadi ‘Babi’, sekali ini tindakan pelanggan yang Starbucks bakal hadapi buat netizen terkejut