Bimbang anak-anak Pokok Sena tercicir, Mahfuz lancar inisiatif cari ‘gadget’

Saya sering mendapat panggilan dari pelbagai golongan terutamanya dari warga Pokok Sena yang mengadu susahnya anak mereka untuk belajar online kerana tidak mempunyai gajet atau peranti elektronik yang cukup.

Kajian yang telah di buat oleh Profesor Jomo adalah sebanyak 90% para pelajar tidak mempunyai gajet atau peranti elektronik untuk belajar secara online. Begitu juga dengan kajian yang dikeluarkan oleh KPM iaitu sebanyak 36.9% (4.9 juta) pelajar tidak mempunyai peranti elektronik di rumah.

Oleh yang demikian, saya bersama Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Pokok Sena berbesar hati untuk membantu mereka bagi meringankan beban mereka dan memastikan anak-anak mereka dapat belajar dengan lebih baik.

Ini kerana, anak-anak ini adalah aset kepada keluarga dan jugak negara yang perlu dibantu supaya mereka dapat menjalani pembelajaran dengan baik.

Saya ingin melancarkan Permohonan Sumbangan atau Crowd Funding dari pelbagai pihak agar kita sama-sama dapat membantu para pelajar ini untuk memiliki gajet bagi menjalani pembelajaran online agar mereka tidak tercicir dari pembelajaran.

Anda boleh menyumbang dalam bentuk :
1. Gadjet terpakai
2. Gadjet baru
3. Wang tunai

Bagi yang ingin menyalurkan sumbangan berupa wang tunai, anda boleh menyalur di

Public Bank
3818146227
Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Pokok Sena

Segala pertanyaan mengenai sumbangan ini anda boleh hubungi pegawai-pegawai saya di talian

019 457 2414 ( Zulkifli)
011 1066 2619 ( Cikgu Jo)
011 1062 2078 ( Md Zain)
010 830 4001 ( Kudin)

Saya mendoakan semoga para penyumbang di murahkan rezeki serta diberkati Allah S.W.T dan semoga dengan sumbangan ini kita sama-sama dapat membantu anak-anak ini untuk mengikuti pembelajaran dengan lebih baik.

#ParlimenPokokSena
#BelajarOnline
#SumbanganGajetPelajar