“Bila nak balik? Tidur luar ya!”- Tengok world cup guna mirror screen hp, bini pula whatsapp

Oleh MHDAILY

“Bila nak balik? Tidur luar ya!”- Tengok world cup guna mirror screen hp, bini pula whatsapp. Mesti ramai yang mengambil peluang untuk menonton perlawanan akhir Piala Dunia Qatar antara Perancis menentang Argentina yang berlangsung pada semalam Ahad, 11 malam waktu Malaysia.

Malah, kesempatan tersebut akan dimanfaatkan oleh golongan fanatik bola untuk berkumpul di gerai makan atau lebih dikenali sebagai ‘mamak’ untuk menonton bola bersama-sama.

Seperti yang kita tahu, di gerai makanan yang menyediakan fasiliti ini akan menggunakan skrin putih yang besar dan dipancarkan melalui projector. Hal ini memudahkan peminat bola sepak untuk menontonnya secara beramai-ramai.

SCROLL UNTUK ARTIKEL PENUH 👇🏻👇🏻👇🏻
SAMBUNGAN ARTIKEL 👇🏻👇🏻👇🏻

Baru-baru ini tular satu video di laman tiktok @l4mmmmm yang memaparkan aksi lucu apabila perlawanan tersebut hanya dilayarkan daripada telefon bimbit ke LCD sehingga memaparkan mesej daripada ‘seseorang’ dipercayai isterinya.

“Bila nak balik?! Awak tidur luar je la”

"Bila nak balik? Tidur luar ya!"- Tengok world cup guna mirror screen hp, bini pula whatsapp

Begitulah mesej yang jelas terpapar di skrin besar ketika mereka sedang menonton perlawanan tersebut yang sempat dirakam oleh @l4mmmmm.

@l4mmmmmAuto tidur luar 😂

♬ original sound – L4M

Video yang mendapat jumlah tontonan sebanyak 867,300 kali, 82,800 tanda suka dan 1,100 komen yang ditinggalkan (setakat artikel ditulis) telah mencetuskan keriuhan warganet yang sering berbalas reaksi.

bola

bola

Ada yang menyangka bahawa ‘seseorang’ tersebut adalah kawan yang sengaja ingin mengenakan pemilik telefon tersebut. Biasalah, dalam berkawan memang ada yang bersikap sebegitu.

Malah, daripada satu sisi yang lain, ada yang memuji tindakan pemilik telefon tersebut kerana sanggup menggunakan telefonnya untuk kegunaan beramai-ramai.

Imbas kembali perlawanan semalam, Perancis gagal menyempurnakan sepakan penalti di set penentuan selepas kedua-duanya berjaya mengikat kedudukan 3-3 setelah wisel penamat dibunyikan untuk masa tambahan selama 30 minit.

Akibatnya, Argentina kembali melakar sejarah apabila pasukan gergasi itu merangkul gelaran juara Piala Dunia Qatar 2022 dan juga merupakan perlawanan akhir Piala Dunia bagi bintangnya, Lionel Messi.

BACA:

Tragedi Batang Kali: Orang ramai sedih tengok keadaan ‘Blake’

Anwar buka cerita sebenar isu pengampunan diraja kepadanya, semua terkejut

Caliph Busker kena ‘scam’ dengan penganjur, tak bayarnya buat persembahan