Bila Agong 3 kali titah adakan persidangan, apa maksudnya?

Oleh MHDAILY

Bila Agong 3 kali titah adakan persidangan, apa maksudnya?.BUKAN sekali atau dua kali, tetapi sudah tiga kali Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Riโ€™ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan supaya persidangan Parlimen segera diadakan bagi membolehkan proklamasi darurat dan ordinan-ordinan darurat dibentangkan di Dewan Rakyat seperti termaktub dalam Perkara 150(3) Perlembagaan Persekutuan.

Terbaharu, Seri Paduka menzahirkan titah pandangan bahawa persidangan Parlimen perlu diadakan sebelum 1 Ogos ini.

YDP Agong

SCROLL UNTUK ARTIKEL PENUH ๐Ÿ‘‡๐Ÿป๐Ÿ‘‡๐Ÿป๐Ÿ‘‡๐Ÿป
SAMBUNGAN ARTIKEL ๐Ÿ‘‡๐Ÿป๐Ÿ‘‡๐Ÿป๐Ÿ‘‡๐Ÿป

Pandangan itu susulan sesi menghadap oleh Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr Rais Yatim dan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun di Istana Negara, Selasa lalu.

Al-Sultan Abdullah pada Februari lalu pertama kali menzahirkan pandangan bahawa Parlimen boleh bersidang semasa tempoh darurat berkuat kuasa pada suatu tarikh yang difikirkan sesuai oleh Seri Paduka atas nasihat Perdana Menteri.

Seri Paduka turut menzahirkan pandangan bahawa semua jawatankuasa pilihan Parlimen ke-14 hendaklah meneruskan sesi mesyuarat untuk pelaksanaan mekanisme semak dan imbang.

Pada 16 Jun, Yang di-Pertuan Agong sekali lagi bertitah agar persidangan Parlimen diadakan secepat mungkin bagi menangani Covid-19 dan menyelamatkan ekonomi negara.

Ketegasan Seri Paduka yang berulang kali menggesa sidang Parlimen diadakan segera merupakan hasrat murni Yang di-Pertuan Agong untuk melihat negara ditadbir dengan baik.

Isu mengenai bila tarikh pembukaan Parlimen telah mencetuskan polemik, kontroversi dan perdebatan hangat dalam kalangan banyak pihak khususnya ahli-ahli politik negara.

Ini kerana biarpun sudah berkali-kali teguran dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong, namun masih belum mendapat respons konkrit daripada pihak berkenaan.

Mujurlah Parlimen khabarnya sudah dicadangkan bersidang sebelum 1 Ogos ini.

Sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab, titah Seri Paduka supaya Parlimen dibuka bagi menangani isu kepentingan awam dan negara mesti dipandang serius.

Jika tindakan lambat diambil apatah lagi cuba berdolak-dalik, nescaya rakyat sendiri yang akan bangkit bersuara. Oleh itu, segeralah bertindak.

Beritaย  Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/147372

Jika Anda Terlepas:ย Sidang khas tak sama dengan sidang yang Agong titahkan