Biawak gergasi 2.7 meter kejutkan penduduk di Terengganu

Penghuni rumah di Taman Permint dekat Seberang Takir, Kuala Nerus terperanjat besar dengan kemunculan seekor biawak bersaiz 2.7 meter dan berat kira-kira 60kg.

Ronzi Abdullah memberitahu biawak tersebut ditemui oleh anak perempuannya, Mia Halimaton Zulaiha ketika sedang memanaskan enjin kereta sebelum turun kerja.

Biawak gergasi 2.7 meter kejutkan penduduk di Terengganu

“Pada waktu itu anak (Mia Halimaton Zulaiha) berseorangan di rumah dan ingin ke tempat kerja. Dia mengunci pintu dan panaskan enjin kereta. Sambil tunggu enjin (kereta) panas, dia keluar buang sampah di hadapan rumah, sebelum terlihat biawak tersebut di hadapan pintu.

“Terkejut melihat biawak yang sangat besar, anak saya pun segera tutup pintu jeriji bagi mengelakkan haiwan tersebut terlepas dan menghubungi saya yang ketika itu berada di tempat kerja. Besar kemungkinan biawak berkenaan terlebih dahulu bersembunyi di bawah keretanya,” ujarnya.

Jiran mereka, Nurul Diana Ariffin, 38 yang menyedari kejadian tersebut terus membuat panggilan ke pihak Angkatan Pertahanan Awam (APM) untuk mendapatkan bantuan.

Difahamkan, kemunculan biawak bersaiz besar itu merupakan kali kedua di kawasan perumahan mereka selepas kira-kira tiga bulan lepas, biawak yang bersaiz besar ditemui di rumah jiran.

Pegawai Pasukan Bahagian Operasi Pertahanan Awam Daerah Kuala Terengganu/Kuala Nerus, Lt. M (PA) Edie Azhar Ramli berkata pihaknya menerima panggilan pada 10 pagi tadi dan tiba di lokasi 10 minit kemudian.

Pasukan ATM yang seramai 5 orang mengambil masa selama 30 minit untuk menangkap biawak tersebut yang betindak agresif.

“Biawak bersaiz begini sangat berbahaya kerana ia mampu memakan atau mencederakan bayi dan libasan ekornya juga boleh mencederakan kanak-kanak. Apabila biawak itu bergelut, anggota kami terpaksa mengambil masa menenangkannya kerana ia sangat berat,”

Biawak tersebut dilepaskan di tempat jauh dari penempatan manusia.

Biawak tersebut akan dilepaskan ke habitat asalnya yang jauh dari penempatan manusia.

BACA JUGA : Long Tiger tumpas, sembunyi di rumah pondan
Mangsa banjir di Bentong dan Karak juga terputus bekalan makanan beberapa hari

Artikel ini disiarkan pada 29/12/2021

COMMENTS

Wordpress (0)