Sejak semalam, hangat diperkatakan mengenai selebriti popular, Noor Neelofa. Hari ini kecoh apabila Neelofa dan suaminya PU Riz didakwa di mahkamah berhubung perlanggaran prosedur operasi standard (SOP).
Malah, sejak semalam turut dilancarkan petisyen mendesak pihak berkuasa lebih tegas ke atas selebriti berkenaan dengan mengenakan hukuman penjara.
Isu terpalit Neelofa itu turut mendapat perhatian usahawan kontroversi, Sajat yang memuat naik status memuji bekas pengacara MeleTOP itu yang tetap kuat walaupun dikecam.
“Wanita sangat kuat walaupun banyak yang orang kecam beliau, biasanya orang bersinar ni, pasti ramai dengki. Saya tak pernah tengok beliau mengata orang malah dia sangat buat hal diri sendiri sahaja,” tulisnya.
Dalam pada itu, Sajat menyifatkan Neelofa adalah seorang yang baik serta akan sentiasa memberi sokongan terhadap pengacara itu.
“Mengenali Neelofa seorang sangat baik. Rindu time ikut Circle Makeup Artist mekapkan Neelofa 6 tahun lepas adalah kenangan saya bertemu ‘live’ bersama Neelofa.
“Sis! We are always support you. Hidup Neelofa!,” tulisnya lagi.
Terdahulu, mahkamah membenarkan PU Riz diikat jamin RM10,000 untuk kedua-dua kesalahan manakala Neelofa diikat jamin RM5,000 dan menetapkan 4 Jun depan sebagai tarikh sebut semula kes. – Roti Kaya
Mawar rashid pertahan neelofa..
Pelakon dan usahawan, Mawar Rashid tampil meminta maaf terhadap pernyataannya sebelum ini, berhubung komennya pada ruangan komen Instagram, awal tadi.
Jelas Mawar, wujud salah faham dan menerusi Instagram, ibu kepada dua cahaya mata ini mengambil pendekatan untuk memperjelaskan keadaan.
“Bertenang semua.. ada salah faham ni. And Mawar pun salah tak tulis bebetul dan ayat pun tak penuh sampai buat you all semua m4rah and ser4ng Mawar. Sorry semua.
“Baca balik statement Mawar, “Harap dapat diselesaikan dengan cara yang baik”
“Maksud Mawar kat sini, Kalau kena kompaun/denda lagi, memang patut kena bayar. Dan kalau mahkamah dah putuskan kena penj4ra, Mawar respect keputusan mahkamah.
“Cuma bila bercakap pasal “penjara”, bunyi tu menakutkan. Mawar pun turut rasa t4kut lah. Sebab Mawar ni sejenis cepat kesian kat orang,” tulisnya.
Pelakon drama TQ Captain itu juga pada masa sama turut bersimp4ti terhadap pekerja barisan hadapan serta situasi semasa yang berlaku dalam negara akibat pand3mik ketika ini.
“Dan Mawar pun kesian & simpati juga kepada Frontliner, rakyat dan semua yang terlibat dalam COVID-19 ni. Lagi2 hari ni dah almost 7K org positive dalam Malaysia. Mawar lagi la risau ttg c0vid ni.
“Dan Mawar tak bermaksud pun cakap sebab dia berjuang pasal Palestin tu, dia boleh langgar SOP.. yang salah tetap s4lah. Dan Mawar respect apa saja keputusan mahkamah untuk yang bersalah.“Sorry k sebab statement tak clear. Mawar mintak maaf. You guys semua take care k. Stay Safe. Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin,” tulis bekas finalis Dewi Remaja 2015 ini lagi.
Hantaran tersebut pantas menerima perhatian ramai dan masing-masing turut memberikan respon pelbagai.
Sumber:https://majalahilmiah.com/neelofa-kuat-walaupun-dikecam-biasa-orang-bersinar-ramai-yang-dengki-sajat-pertahan-neelofa/