Betul ke? Kalau duduk dalam peti ais selamat dari letupan nuklear? Ini jawapan padu pakar

Oleh MHDAILY

Betul ke? Kalau duduk dalam peti ais selamat dari letupan nuklear? Ini jawapan padu pakar.

Jikalau anda pernah menonton filem Indiana Jones And The Kingdom Of The Crystal Skull,

sudah tentu anda pernah menonton babak paling menarik adalah apabila Indiana Jones melarikan diri dari musuh,

SCROLL UNTUK ARTIKEL PENUH πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»
SAMBUNGAN ARTIKEL πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»

Betul ke? Kalau duduk dalam peti ais selamat dari letupan nuklear? Ini jawapan padu pakar

beliau terperangkap dikawasan pekan olok-olok untuk ujian b0m nuklear dijalankan oleh pihak musuh.

Beliau yang kelam-kabut kehabisan idea untuk menyelamatkan diri lalu menerjah memasuki didalam peti ais.

Lalu, meletuplah b0m nuklear lalu membakar apa sahaja dilaluannya, selepas letvpan, beliau keluar dari peti ais, melihat kepulan asap nuklear seperti tiada apa yang berlaku.

Tidak kurang juga, komen dibeberapa media sosial semalam sewaktu letvpan kimia di Beirut,Lebanon pada 5 Ogos 2020 (meskipun ia bukan letvpan nuklear) juga ada menyatakan, kalau betul-betullah berlaku letvpan nuklear, baik menyorok sahaja dalam peti ais!

Malangnya, ini hanya berkesan di dunia filem sahaja!

Dalam keadaan tertentu peti sejuk akan meningkatkan kemungkinan anda untuk bertahan untuk hidup, tetapi bukanlah secara menyeluruh. Ini kerana peti ais mempunyai ruang tertutup yang dibuat sekurang-kurangnya sebahagian daripadanya ialah dari bahan yang tidak mudah terbakar.

Ia akan melindungi anda daripada pancaran nadi β€˜thermal’ (haba) panas pada peringkat awal – kepanasan cahaya yang kuat yang dipancarkan oleh bebola api letvpan nuklear yang berlaku tidak lama selepas letvpan, membakar setiap permukaan bangunan bercat, rambut, kain dan kulit manusia. Walau bagaimanapun, ini tidak bermakna anda terselamat sepenuhnya.

Meskipun peti sejuk sudah ada di dalam rumah. Sekiranya persekitaran diluar rumah terbakar, anda tidak lebih mempunyai peluang terbaik untuk terselamat apabila haba panas dari luar mula membakar anda dari dalam. Bahan diperbuat untuk peti ais sebenarnya tidak sesuai untuk memberikan perlindungan dari radiasi nuklear, sinar gamma dan neutron yang dihasilkan oleh reaksi nuklear.

Malahan, pada jarak begitu dekat sekali dengan impak letvpan b0m nuklear, tekanan letvpan sudah pasti akan menghancurkan peti sejuk, kesan dari letvpan akan melemparkan peti ais turut bersama dengan serpihan lain.

Tubuh anda sudah pasti tidak boleh menerima impak secara mendadak di dalam peti ais, sepertimana kemalangan kereta tanpa mempunyai tali pinggang keselamatan. Anda boleh tercampak keluar dari peti ais pada kelajuan tinggi. Apabila peti ais tersebut mendarat ditanah pada kelajuan tinggi dan berhenti secara mendadak, tubuh anda juga akan menghempas tanah pada kelajuan tinggi.

Peti sejuk disekitar era 1950an ditunjukkan di dalam filem dengan ciri-ciri bersalut plumbum bukanlah ciri yang dimiliki oleh peti sejuk penghuni rumah biasa pada tahun 1950-an. Peti sejuk berlapis plumbum dibuat untuk menyimpan bahan yang digunakan dalam perubatan nuklear. Perlindungan plumbum yang mereka tawarkan cukup terhad, lapisan hanya berketebalan 0.125 inci plumbum.

Dengan menggunakan graf yang disediakan oleh The Effects of Nuclear Weapons, sekiranya jarak dari 1000 ela, ledakan atomik 20 kT akan menghasilkan dos radiasi sekitar 4,000 rad dari gamma dan 4,000-6,000 dari neutron.

Oleh itu, pelindungan yang ditawarkan oleh peti sejuk bersalut plumbum itu hanya mampu mengurangkan pendedahan kepada penghuni yang bersembunyi didalamnya kepada hanya 260 rad, dengan dos yang lebih besar dari neutron. Lebih daripada separuh individu yang terdedah kepada 500+ rem akan mati akibat keracunan radiasi akut.

BACA:

Hawa Rizwana pilih Hun Haqeem, habis Zizan Razak macam mana?

Anak Ismail Sabri buat hal lagi, komen netizen bikin ramai berdekah