Bersedia kenaikan mendadak harga Roti Canai di restoran mamak

Oleh MHDAILY

Bersedia kenaikan mendadak harga Roti Canai di restoran mamak. Seperti ramai sedia maklum, akhir-akhir ini dapat dilihat peningkatan harga kos bahan melibatkan makanan dan sebagainya yang sekaligus bakal memberi kesan besar kepada pengguna. Hal ini sekaligus turut membuatkan pemilik premis makan untuk menaikkan harga makanan berikutan harga bahan yang semakin meningkat.

Terbaharu, menerusi peningkatan kos harga gandum yang meningkat, Presiden Persatuan Pemilik Restoran India Muslim Malaysia (PRESMA) memaklumkan mungkin terpaksa naikkan harga roti canai berikutan peningkatan kos harga gandum yang tinggi meskipun sebelum pengharaman eksport dari negara India.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan ahli PRESMA sedang sedaya upaya mengelak daripada meningkatan harga jualan. Kerajaan Malaysia juga sebelum ini memaklumkan Malaysia mengimport sekitar 80% gandum dari Australia sekaligus membuatkan pengharaman gandum dari India tidak memberi kesan yang besar.

Bersedia kenaikan mendadak harga Roti Canai di restoran mamak

Setakat ini, harga roti canai dilaporkan dijual sekitar RM1.20 ke RM1.70. Diharapkan agar harga yang ditawarkan dapat dikekalkan dalam mengelakkan orang ramai terbeban dengan peningkatan harga yang semakin tinggi.

BACA:

Ramalan Bill Gates sekali lagi tepat

Lelaki belasah orang tua akhirnya dibelasah balik penduduk, dakwa ini puncanya…

Khai Bahar tak suka orang ‘kenen-kenen’ dengan penyanyi wanita