Bersatu semakin mendapat sokongan ramai.SETIAUSAHA Agung Bersatu menafikan dakwaan lebih ramai pemimpin dan ahlinya akan keluar parti yang disifatkan sebagai propaganda politik semata-mata.
Beliau berkata hakikat sebenarnya sokongan terhadap parti berkenaan terus melonjak terutama dengan penubuhan sayap baharu untuk ahli bersekutu.
Katanya, berdasarkan rekod terkini, keahlian Bersatu mencatatkan peningkatan ketara kepada 520,000 orang berbanding tahun lalu seramai lebih 300,000 ahli.
“Itu mungkin persepsi beliau (Ahmad Zahid Hamidi) sahaja kerana masing-masing mempunyai hak untuk masuk mana-mana parti politik tanpa disekat sesiapa.
“Kadang-kadang ini strategi dan propaganda masing-masing untuk menarik orang bersama mereka, namun bagi saya, apa yang penting biarlah rakyat memahami dan benar-benar menghayati perjuangan Bersatu,” katanya dipetik Utusan Malaysia, hari ini.
Sebelum ini, media melaporkan Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengalu-alukan ‘kepulangan’ bekas Ketua Bersatu Bahagian Putrajaya, Datuk Seri Dr Erwan Mohd Tahir di samping lebih 120 ahli bahagian tersebut yang mengumumkan keluar parti untuk kembali ke pangkuan Umno.
Ahmad Zahid mendakwa lebih ramai kepemimpinan Bersatu merisik peluang kembali kepada Umno dan setiap permohonan tersebut akan diperhalusinya dengan berlapang dada dan jiwa yang besar.
Berita Penuh : https://malaysiapost.com.my/2021/10/04/sokongan-kepada-bersatu-semakin-meningkat-hamzah/