Bersatu Putrajaya lumpuh, 120 ahli termasuk Ketua Bahagian isytihar masuk Umno

Oleh MHDAILY

Bersatu Putrajaya lumpuh, 120 ahli termasuk Ketua Bahagian isytihar masuk Umno. Ketua Bersatu Bahagian Putrajaya Datuk Seri Dr Erwan Mohd Tahir mengumumkan keluar dari parti itu berkuatkuasa serta merta dan kembali menyertai UMNO.

Katanya keputusan itu dibuat kerana beliau yakin dan percaya bahawa hanya UMNO sahaja yang dapat memartabat dan mempertahankan hak keistimewaan orang Melayu, Perlembagaan Malaysia dan Raja-Raja Melayu seperti mana yang dinyatakan di dalam asas dan tujuan penubuhan UMNO dan juga setelah mengambil kira perkembangan politik semasa dan masa depan negara.

“Ini adalah masa yang tepat untuk kembali ke pangkuan UMNO setelah melihat parti ini berjaya menamatkan beberapa polemik politik yang telah menggugat kesejahteraan rakyat dan kestabilan ekonomi sewaktu pandemik COVID-19 yang membadai negara.

Baca Artikel Penuh