Bersatu hadapi Covid-19, bangunkan ekonomi antara nasihat Agong kepada pemimpin politik

Semua pemimpin parti politik diberi nasihat oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah agar bersatu menghadapi penularan Covid-19 dan bersama membangunkan ekonomi negara.

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, selain itu Seri Paduka turut menitahkan agar semua parti bermuafakat dan meminta agar semua menamakan calon Perdana Menteri yang mempunyai sokongan majoriti.

Selain itu, Anwar yang juga Ahli Parlimen Port Dickson turut memberi banyangan untuk mewujudkan konsensus dengan semua parti di negara ini.

Bersatu hadapi Covid-19

“Harus ada satu kekuatan semua parti dengan satu persefahaman baru dan bekerjasama menangani masalah Covid-19 serta merancakkan semula ekonomi.

“Malah semua nampak ada konsensus hentikan politik lama dan harus menjurus untuk membangun semula,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Sebelum ini ketua-ketua parti tiba di Istana Negara bagi menghadap Yang di-Pertuan Agong, berkaitan pelantikan Perdana Menteri baharu dengan mengambil masa kira-kira dua jam.

Anwar dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng antara pemimpin terawal keluar dari Istana Negara selepas sesi menghadap Yang di-Pertuan Agong.

Berita Penuh : https://www.utusan.com.my/terkini/2021/08/agong-beri-nasihat-bersatu-hadapi-covid-19-bangunkan-ekonomi/

BACA JUGA : Covid-19 : Kes baharu di Selangor berada dibawah 6,000 kes hari ini

Artikel ini disiarkan pada 17/08/2021

COMMENTS

Wordpress (0)