Bersatu gugur keahlian seorang Adun di Melaka

GPS

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) telah mengugurkan keahlian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telok Mas serta merta.

Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin, ketetapan terhadap Datuk Noor Effandi Ahmad itu diputuskan dalam mesyuarat biro politik parti itu hari ini.

Ia akan disahkan dalam Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu pada akan datang.

Bersatu gugur keahlian seorang Adun di Melaka

Noor Effandi salah seorang daripada empat ADUN di Melaka yang menarik sokongan terhadap kerajaan negeri baru-baru ini.

“Biro Politik Bersatu melahirkan rasa amat kecewa dengan tindakan empat ADUN yang menarik sokongan terhadap Ketua Menteri Melaka sehingga membawa kepada pembubaran DUN ketika rakyat sedang berhadapan dengan pandemik Covid-19.

“Biro Politik Bersatu berpendapat bahawa kemelut politik ini berpunca daripada masalah dalaman parti politik tertentu dan ianya bertambah parah apabila terdapat pihak tertentu yang mengambil kesempatan tanpa memikirkan kebajikan rakyat serta kepentingan negara pada ketika ini yang masih di peringkat awal proses pemulihan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Hamzah, pihaknya berpendirian kemelut politik di negeri itu perlu diselesaikan mengikut lunas Perlembagaan Negeri Melaka dan Perlembagaan Persekutuan dengan mengambilkira kepentingan rakyat.

Berita Penuh : https://malaysiagazette.com/2021/10/06/bersatu-gugur-keahlian-adun-telok-mas/

BACA JUGA : Koleksi gambar aktiviti dunia terhenti seketika tahun 2020

COMMENTS

Wordpress (0)