Berpunca seorang banduan baru positif, 293 dijangkiti dan 2 maut di penjara Penor

banduan

Berpunca seorang banduan baru positif, 293 dijangkiti dan 2 maut di penjara Penor. Kemasukan seorang banduan pada 28 Julai lalu, mengakibatkan Penjara Penor di Pahang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) iaitu antara enam lokaliti di negeri berkenaan dilaksanakan perintah itu mulai Sabtu ini.

Wabak itu menyebabkan Kluster Penor di penjara berkeluasan 80 hektar itu bukan sahaja menyebabkan 293 tahanan lain dijangkiti Covid-19, malah dua banduan lelaki maut masing-masing berusia 60 tahun dan 69 tahun meninggal dunia pada 28 Ogos lalu di penjara yang asalnya ialah Sekolah Henry Gurney Kuantan dan dibuka pada 1982 lepas.

Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Perdana Menteri, Datuk Rodzi Md. Saad berkata, turut sama dikenakan PKPD di negeri tersebut ialah tiga perkampungan Orang Asli di Daerah Temerloh iaitu Kampung Kuala Terbol, Kampung Pian dan Kampung Lubok Wong.

banduan

Ia berpunca Kluster Komuniti Terbol yang bermula daripada seorang wanita tempatan berusia 40 tahun bergejala disahkan positif pada 23 Ogos lalu sebelum menjangkiti 35 individu lain.

“Dua lagi lokaliti di negeri itu yang juga dilaksanakan PKPD untuk tempoh sama ialah Rumah Kongsi Pinggiran Goh, Daerah Kuantan dan kawasan Sempalit di Mukim Gali, Daerah Raub selain Taman Keramat dan Angkasa Apartment di Kota Kinabalu, Sabah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Berita penuh : https://www.kosmo.com.my/2021/09/02/banduan-hilang-deria-bau-penjara-penor-kena-pkpd/

BACA: Akta wakaf dibentang zaman PH dahulu, apa kesudahannya?

CATEGORIES