Berparti ketika PKP : 3 pegawai dan 1 anggota Polis berdepan tindakan tatatertib

Empat penjawat awam yang terdiri daripada tiga pegawai dan seorang anggota polis berdepan tindakan undang-undang serta disiplin selepas ditahan ketika sedang leka berparti di sebuah bilik hotel di Jalan Pinang awal pagi semalam.

Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, Datuk Zamri Yahya berkata, siasatan menyeluruh akan dijalankan terhadap seorang pegawai berpangkat Deputi Superintendan, Inspektor(2) dan seorang Konstabel.

“Siasatan menyeluruh akan dijalankan terhadap mereka yang terlibat termasuk mengambil tindakan tatatertib yang keras ke atas mereka kerana melanggar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Covid-19 serta berada di tempat yang tidak dibenarkan dengan menyertai parti persendirian tersebut bersama beberapa orang awam.

“Kita (JIPS) akan siasat dan akan mengambil tindakan tegas ke atas mereka dengan sewajarnya,” katanya di sini hari ini.

Zamri turut memberitahu, perbuatan individu tersebut jelas telah melanggar arahan Ketua Polis Negara yang melarang semua pegawai dan anggota polis daripada terlibat dalam kegiatan yang bertentangan dengan peraturan dan displin sebagai warga Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Perbuatan mereka amat dikesali kerana sudah banyak peringatan dan amaran telah diberikan oleh kepimpinan PDRM berhubung perkara ini namun mereka tetap mengingkarinya.

“Sepatutnya, mereka mencegah orang awam daripada terlibat dengan kes sedemikian, bukan terlibat sekali sertai parti itu,” katanya.

Kosmo! semalam melaporkan, sekumpulan individu termasuk empat penjawat awam yang sedang leka berparti dikejutkan dengan kehadiran pihak polis dalam satu serbuan ke atas dua bilik hotel di Jalan Pinang di sini

Berita penuh : https://www.kosmo.com.my/2021/06/07/pegawai-dan-anggota-berdepan-tindakan-tatatertib/