‘Beromen’ dalam kelab malam, nama Aedy Asraf dipetik

Beromen dalam kelab malam nama Aedy Asraf dipetik

‘Beromen’ dalam kelab malam, nama Aedy Asraf dipetik. Tular di media sosial semalam apabila seorang lelaki telah bertindak menyebarkan video teman wanitanya yang didakwa curang dengan seorang pelakon lelaki di sebuah kelab malam.

Dalam video tersebut yang kemudiannya dipadam setelah ia viral, lelaki itu membuat kenyataan bahawa teman wanitanya sedang ‘berasmara’ dengan pelakon lelaki itu di atas meja ‘night club’ tersebut.

Dalam video itu, wanita itu kelihatan seperti memeluk dan bercium dengan aktor berkenaan.

Kata individu itu lagi, pelakon tersebut turut meminta agar video tersebut dipadam kerana ingin menjaga nama baiknya sebagai artis.

Pada awalnya, individu itu enggan memadam video berkenaan namun ia hilang setelah tular di Twitter.

Beromen dalam kelab malam nama Aedy Asraf dipetik'Beromen' dalam kelab malam, nama Aedy Asraf dipetik

Menjengah ke ruangan komen, netizen tampil membuat spekulasi mengenai pelakon berkenaan yang didakwa seiras dengan Aedy Ashraf.

Malah, ada netizen tampil memuat naik foto Aedy di kelab malam dan berpakaian sama seperti lelaki berpelukan dengan wanita itu di dalam video.

Setakat ini, tiada kenyataan dikeluarkan oleh Aedy mengenai dakwaan netizen itu.

komen

BACA:

Caprice bertegas tak nak minta maaf dengan SM Faisal, bakal berdepan di court

Penduduk di Rembau ‘ketakutan’, lagu Maya Karin hantui sepanjang malam

Kecoh video pelakon lelaki terkenal peluk gadis di kelab malam, “selalu jadi ustaz”

CATEGORIES