Saya berasa amat marah baca berita ini.
“Beri telefon pintar berkualiti rendah, elak pelajar main game.” 😡😡😡😡
Negara dalam krisis, rakyat sedang sakit dan susah. Tapi kalau kerajaan masih nak menghina orang miskin sedemikian rupa, saya tak tau apa nak kata.
Jangan hina orang susah! Kalau kamu dari awal sudah bersangka buruk, baik jangan bagi! Kamu bukan NGO, kamu kerajaan. Duit yang kamu guna itu duit cukai. Bila rakyat ada rezeki, rakyat bayar cukai tidak merungut. Bila rakyat susah, kamu pula kasi bantuan yang berkualiti rendah??!! Apa punya logik!
Anak-anak orang susah berdepan seribu satu cabaran dalam zaman Covid-19 ini. Saya tahu sebab saya pergi melawat mereka di kampung mereka, di flat mereka, di rumah mereka. Ada yang sampai menangis-nangis tak dapat mengikuti PdPR sebab tak ada peranti. Pendidikan satu-satunya jalan keluar dari kemiskinan dan kalau jalan ini pun tersekat, maka putuslah harapan hidup mereka. 😥
Saya tahu diri saya yang daif ini tidak mampu untuk bantu semua orang, tapi saya betul-betul berusaha bersungguh-sungguh mencari dana supaya boleh beri laptop dan tablet kepada seramai yang mungkin. Setakat ini saya sudah agihkan peranti kepada lebih 500 anak-anak di BM dan saya tidak akan berhenti di sini. Sampai hari ini kami masih lagi mengagihkan peranti.
Saya tak ada peruntukan, saya pun bukan kaya raya, saya hanya mampu bergantung kepada kudrat dan keringat saya untuk merayu dana demi pendidikan anak-anak kita. Tapi saya cuba berikan yang terbaik kepada mereka. Kalau laptop, selama ini kami agihkan laptop jenama Dell, Asus dan Lenovo. Harga antara RM1,500 – RM2,000. Kalau tablet, saya beli Samsung Tab A, harga RM599.
Kerajaan PN sudah gagal menunaikan janji 150,000 laptop. Kini mereka mengaku bahawa mereka mengagihkan peranti berkualiti rendah. Sebenarnya telefon pintar skrin kecil langsung tidak sesuai untuk PdPR, inikan pula telefon yang mempunyai kualiti rendah!!! Janganlah menghina dan menindas anak-anak orang miskin. Tolonglah, tolong.
Sumber :