Berhabis duit syarikat RM600,000 langgan laman pornografi

Oleh MHDAILY

Seorang penerbit program dokumentari televisyen yang telah membelanjakan wang sebanyak £100,000 (RM577,441) milik syarikat dia bekerja untuk membiayai ketagihannya terhadap laman pornografi terselamat daripada dipenjarakan, lapor akhbar Metro UK semalam.

Mark Johan Insanally, 55, sebelum ini mengaku menyalahgunakan wang syarikat dengan menonton laman web lucah ketika terlibat dengan program televisyen National Geographic.

Dia ditangkap kerana menggunakan dana milik majikannya, Ventureland untuk menonton siaran pornografi secara langsung ketika dilantik untuk membantu pasukan produksi tersebut yang didapati telah ‘membelanjakan wang melebihi bajet’.

Baca Artikel Penuh