Bergaduh bukan kerana berebut garfu, tapi rupa-rupanya…..

Bergaduh bukan kerana berebut garfu, tapi rupa-rupanya…..

Polis sudah mengambil keterangan pihak yang terbabit dalam pertengkaran di sebuah kedai makan di Jalan Changkat Jong, di sini, kelmarin.

Timbalan Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Superintendan Yahaya Hassan berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu daripada wanita berusia 27 tahun pada 9.53 malam kelmarin.

“Wanita itu membuat laporan akibat perselisihan faham dengan seorang lelaki berusia 56 tahun yang juga penyelianya di sebuah syarikat pengawal keselamatan.

“Punca kejadian dipercayai akibat tidak berpuas hati berkaitan cuti. Polis sudah memanggil kedua-dua pihak untuk diambil keterangan.

“Kedua-dua pihak itu bersetuju menyelesaikan kes secara baik,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, video pertengkaran seorang lelaki dan wanita di sebuah kedai makan tular di media sosial.

Pergaduhan itu kemudian dileraikan pekerja kedai makan.

Artikal Berkaitan:https://www.mhdaily.net/adoiii-gaduh-besar-di-kedai-mamak-kerana-berebut-sudu-garfu/

Berita Penuh :https://negaramerdeka.com/bukan-bergaduh-berebut-garfu-rupanya/