Berbentuk alat sulit lelaki, ikan ini jadi laku keras dikalangan wanita

Berbentuk alat sulit lelaki ikan ini jadi laku keras dikalangan wanita

Berbentuk alat sulit lelaki, ikan ini jadi laku keras dikalangan wanita. Laporan mengenai ribuan ikan berbentuk kemaluan lelaki yang terdampar di pantai pernah menggemparkan warga California, Amerika Syarikat pada tahun 2019.

Biarpun kelihatan aneh, ikan zakar atau nama saintifiknya Urechis unicinctus yang juga spesies cacing sudu merupakan salah satu menu kulinari ekstrem di Korea Selatan yang mempunyai ramai peminat.

Menu itu dipanggil gaebul yang bermaksud “zakar anjing” dalam bahasa Korea dan diklasifikasikan sebagai kulinari ekstrem kerana dihidangkan mentah seperti sashimi di Jepun.

Secara tradisinya, ia dihidangkan mentah dengan cara dihiris dan dicicah bersama sos pedas yang diperbuat daripada minyak bijan dan garam serta sos asam pedas yang diperbuat daripada cuka dan pes cili Korea (gochujang).

Gaebul dijual secara meluas di restoran dan gerai jalanan di Korea Selatan, termasuklah di Pasar Ikan Noryanjin di Seoul.

Berbentuk alat sulit lelaki, ikan ini jadi laku keras dikalangan wanita

Laman web Sunny Side Circus mendedahkan tekstur ikan zakar sangat kenyal apabila dikunyah dan biasanya mempunyai rasa neutral apabila masuk ke dalam mulut.

Namun, apabila anda menggigit, anda akan mendapat rasa yang sedikit hanyir dan masin.

Sesetengah orang menganggap rasanya seperti kerang, malah terdapat juga sentuhan kemanisan apabila ia dibilas dengan air laut.

Namun, rasa masin itu biasanya akan hilang sekiraya ia dicuci bersih menggunakan air paip oleh pekerja restoran.

Selain dihidangkan mentah seperti sashimi, ikan zakar juga sering dibakar dengan lidi seperti sate.

BACA:

Orang ramai berdekah tengok babak ‘intubated’ dalam drama TV3

Hadiah rumah untuk pemain Selangor 1995

Rupanya buah durian luruh di kampung boleh pos, ini caranya

CATEGORIES