Berapa tempoh untuk sehari jika semua manusia pindah ke planet Marikh? Ini jawapan yang ramai nak tahu

Oleh MHDAILY

Berapa tempoh untuk sehari jika semua manusia pindah ke planet Marikh? Ini jawapan yang ramai nak tahu.

Kiraan tempoh sehari bagi sesebuah planat adalah berdasarkan satu putaran lengkap planet itu pada paksinya.

Di Bumi, sehari adalah bersamaan 23 jam dan 56 minit tetapi di berbeza di planet lain yang berputar dengan kadar berbeza.

SCROLL UNTUK ARTIKEL PENUH 👇🏻👇🏻👇🏻
SAMBUNGAN ARTIKEL 👇🏻👇🏻👇🏻

Berapa tempoh untuk sehari jika semua manusia pindah ke planet Marikh? Ini jawapan yang ramai nak tahu

Sebagai contoh, bulan melengkapkan putarannya dalam tempoh 29.5 hari. Ini bermakna, anda akan mengalami waktu siang selama 14 hari dan malam dalam tempoh yang sama jika berada di bulan.

Tempoh setahun pula dikira jika Bumi melengkapkan satu putaran mengelilingi Matahari iaitu 365 hari. Ia berbeza dengan planat lain berdasarkan kedudukan mereka dengan Matahari. Saintis mengukur hari dan tahun di planat lain berdasarkan hari di Bumi supaya senang difahami.

Berikut adalah panjang tempoh sehari di planat lain selain Bumi dalam sistem suria kita.

1. Utarid (Mercury)
merkuri 445

Tempoh planat Utarid berputar penuh pada paksinya mengambil masa 58 hari 15 jam dan 30 minit di Bumi. Planet ini berputar dengan lebih perlahan berbanding Bumi.

Walau bagaimanapun, tempoh Utarid mengelilingi Matahari hanyalah bersamaan 88 hari di Bumi. Ini kerana ia merupakan planat yang paling hampir dengan Matahari. Ketika Bumi lengkap mengelilingi Matahari, Utarid melakukannya sebanyak empat kali.

2. Zuhrah (Venus)
zuhrah

Planet Zuhrah berputar begitu perlahan dan mengambil masa 243 hari untuk melengkap satu putaran pada paksinya. Walau bagaimanapun, ia mengelilingi Matahari dalam hanya 225 hari di Bumi.

Apa yang menariknya, Zuhrah berputar pada paksinya secara terbalik berbanding Bumi. Ini bermakna Matahari akan terbit dari Barat dan terbenam di sebelah Timur.

3. Marikh
marikh

Planet ini melengkapkan putaran pada paksinya hampir sama dengan Bumi iaitu selama 24 jam 37 minit. Kerana keadaan ini, ramai saintis berpendapat Marikh adalah planet paling sesuai didiami manusia jika ia mampu dilakukan kelak.

Kerana kedudukan Marikh yang lebih jauh daripada Matahari, setahun di sana bersamaan 687 hari di Bumi. Tempoh ini adalah hampir dua kali ganda lebih lama berbanding Bumi mengelilingi Matahari.

4. Musytari (Jupiter)
jupiter 298

Planet terbesar dalam sistem suria ini diliputi oleh gas dan agak sukar untuk ditentukan tempoh satu hari di Musytari. Namun, ia mempunyai teras yang padu dan diliputi oleh pelbagai lapisan awan dan cecair hidrogen logam dan helium.

Putaran khatulistiwa planet ini berputar pada kadar 9 jam 56 minit manaka kutubnya berputar pada 9 jam 50 minit. Jumlah tempoh sehari yang diterima umum adalah ditentukan oleh kadar putaran medan magnetnya iaitu 9 jam 55 minit.

Planet Musytari mempunyai tempoh masa sehari paling pendek dalam sistem suria. Musytari mengambil masa selama 12 tahun masa di Bumi untuk mengelilingi Matahari.

5. Zuhal (Saturn)
saturn

Berdasarkan pengukuran pelbagai bahagian gas gergasi planet ini (termasuk lapisan awan dan medan magnetnya) oleh kapal angkasa Cassini, saintis menentukan bahawa tempoh sehari di Zuhal bersamaan 10 jam 33 minit di Bumi.

Planet yang dikelilingi zarah kecil sehingga kelihatan seperti cincin gergasi ini lengkap mengelilingi Matahari selama 29 tahun waktu di Bumi.

6. Uranus
uranus

Uranus merupakan sebuah planet yang aneh dalam banyak cara. Antara yang paling luar biasa adalah planet ini berputar seperti sebuah bola yang “berguling” mengelilingi Matahari. Ini bermakna, satu sisi paksinya menghadap ke arah Matahari.

Planat Uranus melengkapkan putaran paksinya setiap 17 jam dan 14 minit. Ini bermakna, ia mempunyai tempoh sehari yang lebih pendek berbanding Bumi. Planet ini lengkap mengelilingi Matahari dalam tempoh 84 tahun di Bumi.

7. Neptun (Neptune)
neptun

Saintis mengambil masa selama bertahun-tahun untuk mengira putaran planet yang dipenuhi dengan gas ini. Mereka akhirnya berjaya dengan mengkaji imej-imej planet ini yang sedang berputar pada atmosferanya. Neptun melengkapkan putaran pada paksinya selama 16 jam dan 6 minit.

Tiada kapal angkasa yang pernah mendekati planet ini selain Voyager 2 milik NASA pada 1989. Jadi, sebarang kajian mengenai putaran Neptun terpaksa dilakukan di Bumi. Planet ini lengkap mengelilingi Matahari dalam tempoh 165 tahun.

BACA:

Tunggu turn dapat kereta sampai 8 bulan, sekali lain pula jadi lepas 2 jam dapat kereta

Ini 7 orang melayu kuat meniaga terkaya dalam Malaysia, no.4 tu bapa Mizz Nina rupanya yang ramai tak tahu