Berang isteri curang, suami cabut atap rumah

Oleh MHDAILY

Isteri curang dengan lelaki lain dilaporkan punca seorang suami mencabut atap rumah mereka yang berdiri sejak 10 tahun lalu selepas kedua-duanya bercerai baru-baru ini, lapor portal Merdeka.com

Insiden yang tular di media sosial itu berlaku di kabupaten Ponorogo, Jawa Timur.

Terbaharu, lelaki tersebut bertindak merobohkan rumah itu yang merupakan harta sepencarian dia dan bekas isterinya. Si suami mendapat tahu bahawa isterinya yang baru pulang daripada bekerja di Hong Kong selama enam bulan telah mengikut pemuda lain.

Baca Artikel Penuh