Bendera putih : Pening tengok perangai pemimpin Pas

Bendera putih : Pening tengok perangai pemimpin Pas

Bendera putih : Pening tengok perangai pemimpin Pas. Minggu ni isu politik yang paling hot, adalah berkenaan dengan BENDERA PUTIH.

Bagi yang tertinggal keretapi, kempen bendera putih ini adalah kempen menggalakkan orang meminta bantuan secara terang.

Hanya perlu kibarkan bendera putih depan rumah, agar bantuan segera datang.

Minggu ni yang paling ramai sentuh isu ni adalah Pemimpin PAS. Pening baca statement mereka mengenai bendera putih ni.

Nik Abduh cakap daripada angkat bendera putih, baik lah angkat tangan berdoa kepada Allah. Nescaya bantuan datang jua.

Yang MB Kedah pulak cakap, siapa angkat bendera putih di Kedah, dia akan bolayan. Itu semua propa politik nak malukan Kerajaan.

Saya mulanya tak paham kenapa pemimpin2 PAS ni meroyan. Apa ke salahnya kempen bendera putih ni sampai begitu sekali kena hentam?

Selidik punya selidik, baru la saya paham. Pemimpin PAS bengang sebab orang yang mula-mula cadangkan kempen ni adalah pemimpin wanita Amanah.

Ramai luah rasa pelik bendera putih

Namanya Nik Jah. Makanya, benda yang baik untuk bantu rakyat dah jadi modal politik sampah. Sampai ada rakyat yang dimarah dan diherdik sebab naikkan bendera putih di rumah.

Sekarang dah keluar pulak dalil walaun, kalau betul pun susah jangan buka aib sendiri. Buat malu kat orang sekeliling. Ni jenis bercakap otak di lutut.

Kalau ibu tunggal dengan 4 anak kecik, kerja tiada, kena lockdown lagi, korang ingat “malu” tu jadi perkara utama? Susu anak, makan anak, kalau tak bekerja mana nak cari.

Dalam keadaan terdesak, korang ingat dia hanya tersandar tak buat apa. Semestinya banyak benda dah dibuat. Tapi terdayakah dia untuk pastikan setiap hari makanan tersedia di meja?

Ada yang cakap, orang yang naikkan bendera putih ni nanti naik lemak. Usaha malas, tapi nak jadi peminta sedekah. Ini lagi satu, jenis otak lemah.

Bila seorang tu naikkan bendera putih, maknanya dia dah buang ego dan malu, mintak tolong dalam keadaan terdesak.

Takde lelaki yang waras yang dengan sengaja nak tunjuk mereka tak mampu nak tanggung keluarga. Tiada ibu yang waras hanya mengangkang tak buat apa untuk pastikan anak2 cukup makan.

Tak boleh ke kita terima, mungkin itu je jalan yang dia ada?

Dalam keadaaan lockdown ni tuan-puan, ramai M40 dan jadi B40. Ramai B40 dah tukar jadi “miskin pandemik” terutamanya di bandar2.

Jangan la kita alpa, masih duduk di kayangan boleh order foodpanda. Mereka yang di PPR, kilang tak buka, kerja lain takda, nak makan apa?

Makanya ada yang tak pikir panjang, gantung diri merata.

Ya bantuan Kerajaan ada, i-sinar,i-perihatin segala bagai. Saya tak cakap ia tak baik. Kerajaan bab tu dah ada polisi yang bagus.

Yang baik kita puji. Masalahnya ialah implementasi. Yang segala macam polisi dibuat untuk mereka yang berada dalam social net, data di bawah Kerajaan.

Bagi mereka yang terjatuh dalam gap seperti pekerja gig ekonomi, pekerja tidak formal dan masyarakat luar bandar yang bekerja sendiri. Bukan ke lockdown ni sangat memberi kesan?

Sungguh ke Kerajaan boleh kenal pasti setiap mereka yang perlukan bantuan?

Lagi satu, Kerajaan umum hari ni Pakej Ransangan Ekonomi, korang ingat esok bantuan sampai depan rumah?

Duit terus masuk dalam bank? Pelbagai proses dan redtapes rakyat kena hadap. Sementara nak menunggu tu apa yang rakyat boleh buat?

Telefon DUN masing-masing sure ke berangkat? YB-YB ni ada ke di pejabat? Yang pasti YB tetap di kayangan. Apply cuti ke Paris dua bulan nak masukkan anak 5 tahun ke sekolah omputih.

Harapnya, rakyat Padang Rengas semuanya elok-elok belaka, takde sorang pun yang tunggu bantuan sampai putih mata.

Yang pasti kempen ini berkesan, asal naik je bendera bantuan sampai. Bukannya dari ahli politik sampah, yang kunun2 zuhud tapi bawak Mercedes bagai.

Kebanyakan nya dari NGO, dari jiran tetangga, dari rakyat Malaysia lain yang berjiwa besar. Yang nak bantu mereka yang susah dengan ikhlas sebab sayangkan negara.

Saya cakap efektifnya kempen ini, la ni kita nampak YB-YB dah up nombor phone mereka.

Dah start goyang takut nampak tak buat kerja, padahal sebelum ni tak nampak bayang, nombor pun entah ke mana.

Benda simple jangan buat susah. Benda baik kita sokong, benda tak betul kita tentang. Bila nampak bendera putih tu, bukan tanda nak lawan Kerajaan, mereka hanya nakkan bantuan.

Tak kira la datang dari Kerajaan ke, NGO ke, atau dermawan. Janji bantuan sampai, dan ramai rakyat dapat makan.

Berlumba-lumbalah hulur bantuan, Kerajaan ke pembangkang, letaklah agenda politik itu ke belakang.

Pemimpin PAS jangan tamak pahala. Biar la orang lain bantu juga. Sudah-sudahlah politik, tengah orang susah.

Pilihanraya tak lama lagi, jangan buat orang menyampah. Nanti jawatan ke mana, Mercedes semua hilang. Apa lagi nak diratib, orang dah bagi peluang…

Wallahu ‘alam.
Salam hormat,

Sumber:

Jika Anda Terlepas: Bendera Putih : Pemuda PN kecam pembangkang tanam elemen benci kerajaan