Belut masuk dalam perut melalui dubur

Belut masuk dalam perut melalui dubur. Tindakan seorang lelaki di Xinghua, China memasukkan belut ke duburnya untuk merawat sembelit mengundang padah apabila haiwan berkenaan terus masuk ke perutnya.

Belut sepanjang 20 sentimeter itu bergerak ke dalam usus besar dan perutnya menyebabkan dia kritikal.

Global Times melaporkan doktor berjaya mengeluarkan belut berkenaan yang masih hidup dari badan lelaki itu.

Pasukan perubatan memaklumkan lelaki itu boleh mati disebabkan hemolisis iaitu sel darah merah pecah akibat bakteria.

Pada awalnya dia menjalani pemeriksaan di hospital Xinghua, wilayah Jiangsu dan mengadu sakit di bahagian bawah perut.

Dia enggan mendapatkan rawatan di hospital kerana malu.

Belut

Sebelum ini, seorang lelaki berusia 50-an juga memasukkan belut ke dubur tahun lalu.

Kejadian itu diketahui selepas dia menjalani rawatan di Hospital Dongguan, wilayah Guangdong kerana sakit di bahagian bawah perut.

Namun selepas diperiksa, doktor menemui belut di dalam sistem pencernaan lelaki itu.

Doktor kemudiannya melakukan pembedahan segera bagi mengeluarkan belut berkenaan dan mendapati perut lelaki itu luka dan dipenuhi bakteria.

Selain itu seorang lagi lelaki memasukkan penyepit besi ke dalam duburnya untuk merawat buasir, tahun lalu.

Belut yang dikeluarkan dari perut lelaki berkenaan.

Berita Penuh :https://www.hmetro.com.my/global/asia/2021/07/736854/ada-belut-dalam-perut

BACA: Azalina, Fahmi, Saddiq, Hannah antara nama disebut Tun M anggotai MPN