Belumpun reda Omicron, varian baharu Covid-19 bernama IHU pula dijumpai

Oleh MHDAILY

Belumpun reda Omicron, varian baharu Covid-19 bernama IHU pula dijumpai.Penyelidik di Perancis dilapor mengesan varian baharu COVID-19 yang didakwa memiliki 46 mutasi dikenali sebagai varian ‘IHU’ atau B.1640.2, lapor portal CNBC Indonesia.

Perkara tersebut diketahui hasil daripada laporan penyelidik di Selatan Perancis, Institut Jangkitan Mediterranee IHU.

Sekurang-kurangnya 12 kes telah dilaporkan dijangkiti varian ini. Kesemua kes ini dilaporkan ada kaitan dengan perjalanan ke negara Afrika iaitu Cameroon.

SCROLL UNTUK ARTIKEL PENUH 👇🏻👇🏻👇🏻
SAMBUNGAN ARTIKEL 👇🏻👇🏻👇🏻

“Kami telah mengesan beberapa kes varian baharu ini di wilayah Marseilles. Kami menamakannya ‘varian IHU’. Dua genom baharu baru sahaja dihantar,” kata Philippe Colson, ketua dan profesor jabatan yang menemui varian tersebut.

Walau bagaimanapun, memetik media NDTV, para penyelidik menyatakan bahawa masih banyak perkara yang belum diketahui. Ianya termasuklah tentang bagaimana varian ini bertindak, tahap jangkitan dan bagaimana tahap perlindungan vaksin terhadap varian ini.

Secara terperincinya, kajian mengenai IHU ini telah diterbitkan dalam jurnal pracetak MedRxiv pada 29 Disember 2021. Walau bagaimanapun, kes IHU telah pun dikenal pasti sejak September 2021.

Menurut The Independent, IHU kini dilabelkan sebagai “varian dalam pemantauan” atau masih dikaji oleh WHO. Agensi PBB dilaporkan telah mengkajinya sejak September 2021.

Sementara itu, pakar epidemiologi, Eric Feigl-Ding, berkata bahawa varian baharu ini akan terus muncul. Tetapi tidak semestinya akan menjadi lebih berbahaya.

“Terdapat pelbagai varian baharu yang ditemui sepanjang masa, tetapi itu tidak bermakna ia akan menjadi lebih berbahaya. Apa yang menjadikan sesebuah varian itu terkenal dan berbahaya ialah keupayannya untuk membiak disebabkan oleh bilangan mutasi yang berkaitan dengan virus asal,” katanya di Twitter peribadinya.

BACA:

“PDRM tidak boleh tahan mereka sebab diorang ni ada kad UNHCR”
Gelagat adik viral bergelak ketawa kira duit kutipan dirakam netizen
Rakyat Kelantan dijangka akan terus sokong Pas dalam PRU15 – Penganalisis