Belum ‘settle’ isu ayam, harga ikan pula naik mendadak

Oleh MHDAILY

Belum ‘settle’ isu ayam, harga ikan pula naik mendadak. Dalam negara masih hangat membincangkan berkenaan kekurangan stok ayam yang menyebabkan ramai orang terpaksa memboikot pembeliannya, timbul pula isu lain iaitu kenaikan harga ikan.

Dilaporkan, kenaikan harga ikan meningkat sehingga 15 peratus selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri menyebabkan peniaga dan pembeli resah serta risau terhadap kenaikan yang lebih tinggi pada masa akan datang.

Kenaikan itu juga dilaporkan seiring dengan peningkatan harga barangan semasa kini menyebabkan peniaga terpaksa akur walaupun sedikit sebanyak menjejaskan perniagaan mereka.

SCROLL UNTUK ARTIKEL PENUH πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»
SAMBUNGAN ARTIKEL πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»

Ini kerana, selain memberi kesan kepada pelanggan, peniaga juga terpaksa menampung kos modal yang lebih tinggi dari sebelum ini.

Tindakan drastik dan segera perlu dilakukan oleh kerajaan dalam menangani isu kenaikan harga ikan tersebut sepertimana yang dilakukan dalam menangani masalah lain antaranya ayam.

Dalam perkembangan lain, bagi krisis ayam pula, beberapa pihak industri ternakan memberi jaminan bahawa ladang-ladang mereka akan terus membekalkan ayam untuk keperluan pasaran tempatan.

Komitmen itu disuarakan 12 pemain industri dan persatuan penternak seperti Leong Hup Poultry Farm Sdn Bhd, HLRB Broiler Farm Sdn Bhd, PWF Corporation Bhd, Federation of Livestock Farmers’ Association of Malaysia (FLFAM) dan Persatuan Penternak Ayam Negeri Selangor (PPANS) dalam sesi libat urus bersama Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI).

Belum 'settle' isu ayam, harga ikan pula naik mendadak

Belum ‘settle’ isu ayam, harga ikan pula naik mendadak

MAFI mengambil maklum semua isu yang telah dibangkitkan termasuk peningkatan kos pengeluaran ayam, masalah kenaikan berat badan ayam, jangkitan penyakit, keadaan cuaca, proses Kebenaran Merancang (KM) dan sebagainya yang telah menjejaskan operasi dan seterusnya memberikan kesan kepada bekalan ayam.

Terdapat banyak pihak yang memberikan cadangan dalam menyelesaikan isu ayam tersebut antaranya adalah pemuda UMNO menyarankan agar kerajaan memberikan bantuan khas kepada penternak-penternak ayam tempatan yang terpaksa gulung tikar akibat kartel ini.

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, kerajaan juga disaran untuk mewujudkan satu agensi khas seperti Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) bagi menyegerakan pengimportan ayam daripada negara jiran seperti Thailand.

Jelasnya, ia bagi memastikan keupayaan pihak pengimport dari pelbagai segi termasuk kuantiti dan dana terjamin.

β€œIa juga agar tidak mudah diperkotak-katikkan oleh pihak pembekal di Thailand hingga akhirnya terpaksa kembali bergantung kepada syarikat-syarikat kartel yang besar,” jelasnya.

BACA:

Semak kelayakan bantuan khas BISTARI Rm100 anda sekarang

Majikan di Malaysia paling kedekut di Asia Tenggara, kata laporan

β€œSaya tetap jual sekeping roti canai 50 sen walaupun harga tepung naik”